Tuesday 15 October 2013

susu unta masin

Siapa yang pernah cuba susu unta? Betul ke masin? Saya pun belum pernah cuba. Kalau orang bagi, nak cuba tak ek? Hmmmm;)... 

Sempena musim haji ni, dalam tempoh penuh berkat 10 awal zulhijjah ni pelbagai cerita2 versi mekah madinah yang kedengaran. Alhamdulilah. Untuk penambah rasa kecintaan nak menjejak kaki ke sana...suka dengar/tengok/baca kisah2 haji..sampai kalau dengar saudara mara ke sana pun hati berbunga2... Ya Allah mudahkanlah urusan dan terimalah haji&umraah mereka ameen.


"Susu unta ni baru sahaja diperah, segar dari ladang...dan rasanya boleh saya katakan macam susu lembu, lemak manis dan ada rasa sedikit MASIN... hmm mmg ada rasa masin sikit" haaa camtulah lebih kurang masa tengok wakil tv alhijrah ulas susu unta yang diminumnya kat sana. 


Susu unta yang dah siap perah ditapis dan dimasukkan ke dalam bekas aluminium ala2 mangkuk tapi leper. Nak kata pinggan tapi kecik. Haa dari situlah wartawan tu minum srrup srruuup sikit2 ;) ---
Pak Arab kt sebelah tu senyum je...faham ke ? ;)




Susu unta masin sikit.....hmmm??? Cuba bayangkan rasanya....

(mata ke atas, tangan usap2 dagu) 

***

rupanya memang ada produk susu unta...

antara khasiat susu unta.

(sumber : http://ritz.my/susu-dan-kencing-unta-banyak-khasiat/#ixzz2hqh3h9mO)


Susu unta mempunyai khasiat luar biasa. Pada zaman dahulu, orang-orang Arab akan minum susu unta untuk merawat perbagai penyakit seperti sakit perut, edema (bengkak), masalah hati, asma, sesak nafas dan kencing manis. Ia juga dapat menguatkan gigi dan menjaga gusi kerana di dalam susu unta terdapat vitamin C.

Kelebihan Susu Unta :

- Susu paling bergizi selepas susu ibu berbanding susu lembu dan susu kambing.
- Kaya dengan vitamin C dan mineral seperti magnesium, sodium, potassium dan zat besi.
- Mempercepatkan penyembuhan luka dalaman, gastrik dan luka pembedahan.
- Digunakan masyarakat Arab untuk merawat penyakit busung air atau hepatitis.
- Rendah lemak dan kolestrol berbanding susu lembu dan susu kambing.
- Mempunyai insulin yang tinggi untuk memproses gula menjadi tenaga.


# khasiat susu
# khasiat susu unta
# produk susu unta
# kelebihan susu unta

No comments:

Post a Comment