Wednesday 30 October 2013

kenali bentuk garam masin

bila sudah jatuh hati, masakan tahu nama saja, pasti ingin mengenali wataknya, rupanya, sifatnya, manfaatnya, baru betul2 suka! suka tak? suka tak? suka tak? mestilah suka;) 

secara asasnya, garam dibahagi kepada 2:
  1. sebelum disaring
  2. setelah disaring

Garam sebelum disaring

Garam-garam semulajadi yang berbeza mempunyai kandungan mineral yang berbeza, memberikan rasa yang unik. Garam semulajadi laut dituai dengan tangan, mempunyai rasa yang unik berbeza dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Beberapa pihak mendakwa garam laut yang belum disaring mempunyai lebih khasiat daripada yang disaring. Walau bagaimanapun, ada beberapa pihak mendakwa garam laut atau batu tidak mempunyai garam iodin yang cukup untuk mencegah penyakit-penyakit kekurangan zat seperti beguk.

Garam setelah disaring

Garam yang telah disaring, di mana ia selalu dipakai pada masa kini, kebanyakkan ialah merupakan garam daripada jenis natrium klorida. Hanya 7% garam yang telah disaring dijadikan sebagai bahan perasa. Kebanyakannya dijual untuk kegunaan industri daripada pembuatan pulpa dan kertas hingga kepada bahan pewarna untuk tekstil dan fabrik, pembuatan sabun dan bahan pencuci. Ia juga mempunyai nilai komersil yang amat tinggi.

Pembuatan dan penggunaannya merupakan antara penggunaan bahan kimia tertua. Garam juga boleh didapati daripada air laut, kebiasaannya di kawasan yang agak cetek dan menerima cahaya matahari. Garam yang didapati daripada cara ini juga dikenali sebagai garam teluk, namun ia lebih dikenali sebagai garam laut ataupun garam solar. Kini, kebanyakan garam yang disaring disediakan daripada garam batu: deposit mineral yang boleh dimakan. Garam-garam batu ini terbentuk dari kawasan-kawasan tasik lama yang telah tersejat. Deposit-deposit ini mungkin digali ataupun melalui penurasan air. Penurasan air menghancurkan garam dan larutan itu akan dipam ke permukaan di mana garam akan dipungut. 

Selepas garam mentah diperolehi, ia kemudiannya disaring untuk membersihkannya dan memperelokkan lagi kualiti dan cirinya.Penyaringan juga biasanya melibatkan pemprosesan penghabluran semula. Dalam proses penghabluran, larutan garam itu akan dikenakan bahan kimia yang mengasingkan bahan-bahan asing (kebanyakkanya magnesium dan garam kalsium). Beberapa fasa penyejatan juga digunakan untuk mendapatkan kristal natrium klorida yang asli yang kemudiannya dikeringkan. 

Bahan anti penggumpalan (dan kalium iodida, untuk garam iodin) kebiasaannya ditambah pada masa ini. Bahan ini merupakan bahan kimia hygroscopic yang menyerap kelembapan, dan juga mengelakkan hablur-hablur garam daripada melekat antara satu sama lain. Sesetengah bahan anti penggumpalan adalah seperti trikalsium fosfat, kalsium ataupun magnesium karbonat, asid lemak garam (garam asid), magnesium oksida, silikon dioksida, natrium alumino-silikat, and alumino-kalsium silikat. Banyak perhatian telah diambil disebabkan kemungkinan kesan-kesan toksik kesan dari aluminium di dalam dua kompaun, namun kedua-dua Kesatuan Eropah dan Persatuan Pemakanan Amerika Syarikat membenarkan penggunaannya dalam kadar terkawal. Garam yang telah disaring akhirnya sedia untuk dipaketkan dan diguna untuk tujuan komersial.


-->> nampak tak betapa banyaknya bahan tambahan dimasukkan ke dalam proses penyaringan garam untuk menghasilkan garam yang didakwa putih suci, halal, tapi yang pasti belum tentu toyyibah! (geleng kepala).

# apa itu garam
# maksud garam


No comments:

Post a Comment