Saturday 26 October 2013

mahu hujan masin?

Antara sumber air kat muka bumi ni adalah salah satunya air hujan. Ya, air hujan adalah air mutlak, suci lagi mensucikan. Boleh dibuat wuduk. Siapa pernah mandi air hujan? Bukan terkena air hujan, tapi sengaja main air hujan, ada? Best kan! Basah tanpa sibuk berpayung, buka mulut, tadah air hujan dalam mulut dan telan;p

Nikmat tu dapat dirasa sekali lagi waktu berprogram ketika menuntut di UTM Skudai dulu. Masa tentatif petang tu kami dianugerahkan hujan. nak ikutkan perancangannya waktu tu aktiviti luar...Bila hujan selalu kita resah....macam2 keresahan..

--nanti demam!
--nanti basah! ya, dah kena air mestilah basah, kalau tak basah takut juga eeee ;p...
--tak bawa payung!
--kain jemuran belum diangkat!
--lembab, sejuk...
--jalan licin
--nanti banjir
--ikan kering tak kering ;p
-------------dan macam2 lah lagi 1001 keresahan yang tak sudah....

nak dijadikan cerita, petang tu kami diminta untuk teruskan jugak aktiviti petang bersama mandian hujan...waaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh best rupanya mandi hujan! dah lama juga tak mandi hujan, kali pertama dan terakhir pun lupa yang ingatnya memang itulah yang melekat dalam minda bila dah melonjak usia 30 ni. MasyaAllah. Itukan nikmat! Masa bujang, perempuan, mandi hujan ramai2 tak malu...

Buatnya sekarang, mandi hujan...dah jadi ibu 3 anak ni mahu jugak nanti datang ambulans nak beri rawatan psikologi ;p

Tapi satu hal yang memang kita semulajadi tahu air hujan memang tawar, tak masin kan??

Ke ada tempat yang masin hujannya? setakat hidup ni, tak de jumpa lagi laporan berita hujan masin, kecuali air hujan bertakung dalam mangkuk garam memang masin! 

Dinyatakan waktu hujan adalah waktu mustajab doa. Doalah. Dan memang ada doa hujan pun.

"ya Allah jadikanlah hujan ini bermanfaat" 

sependek itu sahaja doa nak dihafal. Anak2 saya hafal doa ni...Bacalah bersama anak2 pasti mujarab!

Rahmatnya bila hujan....

"Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan) hingga apabila angin itu membawa angin mendung, kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang) lalu kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian kami keluarkan hujan dengan awan itu, kemudian kami keluarkan dengan air hujan itu, berbagai=bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pengajaran darinya)."
(Surah al-A'raf 7:57)

Kita ada doa ketika hujan turun. Kita juga ada solat mohon hujan. 
Didoakan, dimohon....itulah hujan! Semut pun mohon hujan tau;) alkisah...

Dalam riwayat Abdul Razzaq ada menyebut bahawa Nabi Sulaiman berserta sahabat-sahabatnya keluar untuk memohon hujan. Tiba-tiba baginda melihat seekor semut meng­angkat salah satu anggotanya juga memohon hujan. Lalu berkatalah baginda kepada sahabat-sahabatnya, “Kembalilah kamu semua kerana kamu semua akan memperoleh minuman. Sesungguhnya semut ini memohon hujan, pasti dimakbulkannya.”

Sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Para nabi dalam kalangan umatnya telah keluar me­mohon hujan kepada Allah. Maka tiba-tiba dalam kalangan mereka terdapat seekor semut mengangkat anggotanya ke langit (juga memohon). Maka Nabi Sulaiman berkata, ‘Pulanglah, sesungguhnya telah mustajab permohonan kamu disebabkan se­ekor semut ini." (Riwayat al-Hakim no. 1215)

Al-Sadi berkata: “Manusia telah ditimpa kemarau pada zaman Nabi Sulaiman a.s., lalu diperintahkan manusia (untuk memohon hujan). Lalu mereka pun keluar. (Dalam kala­ngan mereka ketika itu) ada seekor semut mengangkat kakinya menadah tangan­nya dan semut itu berkata yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kami adalah antara makhluk ciptaan-Mu, tidak­lah kami terkaya daripada rezeki-Mu jika Engkau memberi minuman kepada kami dan sama ada Engkau membinasakan kami.” (Riwayat Ibn Abi Syaibah no. 29487)

Pokok pangkalnya hujan itu adalah RnN --Rahmat dan Nikmat! Alhamdulillah. 
Ya mungkin dari hujan boleh sebab banjir, baju basah, tapi bukankah itu salah manusia. Banjir sebab apa? Selalu sebab saliran. Selalu sebab sampah penuh di saluran longkang. Masa belajar sains kat sekolah dulu sekadar tahu je proses berlakunya hujan. Tak rasa hebat sangat. Rasa biasa2 je.  Tak rasa kebesaran Allah. Tak didorong untuk fikir hebatnya Allah ;(
---->>Ye lah kau. Cuba kau buat. Mana aku pandai! Tahu tak pe.. 
Kan best jika siapa2 boleh bantu minda anak2 kaitkan sains tu dengan kehebatan Allah, boleh bertambah iman:) 

Bukan setakat proses hujan je hebat, Allah siap suruh kita fikir....Allah tanya kita, tak fikir ke kenapa air hujan tu tak masin? Haaa kau. Itupun tak nak bersyukur lagi adanya hujan.

"Maka terangkanlah kepadaKu tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan? Kalau Kami hendaki, nescaya Kami jadikan dia masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur? "
(Al Waaqiah 56:68-70)

----------------->> bayang kan jika hujan tu masin <<---------------------------

apa jadi???

mau melekit kehidupan kita, berkarat habis kereta;p 
atau kalau tak dapat bayang cuba buat eksperimen sendiri (sembur air masin ke serata tempat) dan tengok hasilnya!

# kisah semut
# hujan dalam al Quran



No comments:

Post a Comment