Wednesday 30 October 2013

sejarah garam masin

sejujurnya, saya tak pernah terlintas sebelum ni nak kaji atau baca berkaitan sejarah garam masin ni. malah tak ada perasaan langsung. terdetik di hati pun tak ada. tapi sejak mutakhir ni, sangat suka dengan garam. atau dalam bahasa lain, makin kagum dengan kebesaran Allah mencipta makhluk bernama garam! sungguh istimewa! baru nak bersyukur dengan adanya garam, masyaAllah. Alhamdulillah. Masih belum terlambat...

jom sama2 kita susuri hidup sejenis makhluk Allah bernama garam....



Garam atau juga dikenali sebagai garam makan terdapat dalam bentuk garam halus atau garam kasar merupakan satu mineral, hanya satu-satunya batuan yang boleh dimakan oleh manusia.
Terdapat pelbagai bentuk garam makan: garam kasar, garam halus, garam beriodin. Ia terdapat dalam bentuk pepejal kristal, bewarna putih, merah jambu lembut, atau kelabu pucat, yang di dapati dari air laut atau simpanan batu (rock deposits). Garam laut diedarkan dalam bentuk kasar atau halus. Secara semula jadi, ia merangkumi bukan hanya natrium klorida, tetapi juga galian seni penting yang lain. Batu garam makan mungkin bewarna kelabu pucat disebabkan kandungan mineral.
Garam diperlukan bagi semua benda hidup untuk terus hidup, termasuk manusia. Garam terbabit dalam mengawal kandungan air (imbangan cecair) dalam badan. Perasa garam merupakan salah satu daripada rasa asas. Dalam penyediaan makanan, garam digunakan sebagai pengawet dan sebagai perisa.

Garam milik bangsawan
Sifat pengawetan garam merupakan asas tamadun. Ia membolehkan manusia berhenti bergantung kepada adanya makanan bergantung kepada musim, membolehkan pengembaraan jarak jauh, dan merupakan bahan tambahan yang penting. Walau bagaimanapun, garam sukar diperoleh, maka ia menjadi barang dagang yang tinggi nilainya. Sehingga zaman 1900-an, garam merupakan salah satu penggerak utama ekonomi nasional dan peperangan. Garam hampir sentiasa dikenakan cukai. Penyelidikan telah menemui bahawa amalan ini telah wujud seawal abad ke-20 sebelum Masihi di negara China.
Dalam kerajaan Mali, pedagang di abad ke-12 Timbuktu—pintu masuk gurun Sahara dan kerusi sarjana— menghargai garam sehingga rela membelinya untuk harga beratnya bersamaan harga emas; perdagangan ini membawa kepada lagenda kota Timbuktu yang kaya, dan mendorong inflasi di Eropah, yang mengeksport garam.

Kandungan garam makan 
Garam makan merupakan garam yang telah disaring dan hampir asli (95% ataupun lebih) Natrium Klorida. Natrium adalah salah satu primer elektrolit di dalam badan. Ketiga-tiga elektrolit (natrium, kalium dan kalsium) terdapat di dalam garam yang belum disaring, seperti yang lain yang juga penting untuk badan untuk menjalankan proses pada kadar yang optimum. 


Garam makan kebiasaannya mengandungi bahan yang mengelakkannya dari bergumpal. Ia merupakan perbuatan biasa bagi meletakkan beberapa butir beras di atas bekas garam untuk menyerap lebih banyak kelembapan apabila bahan anti penggumpalan tidak mencukupi. Garam makan juga biasannya diiodinkan; sejumlah kalium iodida ditambah sebagai bahan diet sampingan. Garam makan biasanya digunakan untuk memasak dan juga sebagai bahan perasa yang diletakkan di atas meja. Garam teriodin amat sesuai untuk mengurangkan kadar kekurangan iodin di negara asal penggunaannya. Iodin adalah amat penting untuk mengelakkan kekurangan penghasilan hormon tiroid (hypothairoidisme), yang menyebabkan goitre, cretinisme pada kanak-kanak dan myxedema pada orang dewasa. Garam makan kini digunakan di seluruh dunia.

itu baru tahu sikit2 perihal garam. dan satu yang dapat disimpul mudah adalah Allah yang Maha Pengasih, mencipta manusia juga disertakan lengkap dengan apa yang diperlukan manusia. Allahuakbar. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment