Tuesday 22 October 2013

kartun masin lidah, best!

sudah beberapa kali suami saya menyarankan saya baca komik ni...

KOMIK SAINS IKHTIAR HIDUP : EKSPLORASI TUBUH MANUSIA..


siapa pernah baca buku ni? memang tertarik tengok gambar kartunnya, macam komik CONAN. Penggemar conan mesti suka komik ni. Cubalah baca. Ada di kedai Popular. Selalu tengok ada dijual di seven eleven. Tapi versi bahasa cina. Komik ni dah terjual dalam pelbagai bahasa. Lebih 20juta naskhah siri komik ini terjual di seluruh dunia, punyalah dah tersebar luas, aku juga yang ketinggalan ;)

Ikutkan dah tertarik tu dah lama tapi belum dapat hidayah nak belek2 buku komik ni. Berkali2 suami saya cuba kongsikan apa yang menarik dalam komik ni, saya angguk2 geleng2 je. haha bukan sombong, tapi ntah...tak ada perasaan. Kesian diriku...

Nak jadikan kisah, tertengok2 dua tiga helai dan belek2 juga komik ni sambil lewa...dah terbiasa, kalau baring2 memang nak cari buku, dah terbiasa, rasa janggal kalau tak baring dengan buku atau apa saja bahan bacaan, kadang2 buat teman tidur je...hehe. tapi mesti ambik satu buku kalau nak baring. Asar semalam, saje baring2 dan buku komik ni memang ada.



Tetiba terbaca bab lidah. Maha suci Allah. Begitu sekali ciptaan lidah. Semuanya digambarkan penuh dramatik, komik yang boleh kita terbayang bentuk secara menyeluruh, eksplorasi tubuh badan sendiri dengan gaya santai. waaaaaaaaaaaaaaah. haa camtu lah respon saya dalam hati.

Patut suami ku begitu setia membaca komik ni satu satu. Untuk topik ni saje ada 3 siri. Setiap kali ke kedai buku mesti dia nak cari komik ni. Aku hanya senyum dan buat tak kisah pun. Punyalah 'sombong'. Haa kau. lepas ni, saya pula yang jadi pembaca tegar buku komik ni. Best!

Terima kasih abang kenalkan komik ni, i like! ^_*

Mengajar kita menghargai rasa hebatnya Allah. Maha Suci Allah. Untungnya jika orang muslim dapat menulis sebegitu rupa. Banyak tu jariah produksi komik ni, kalau dia muslim lah;) insyaAllah.

Komen ikhlas : memang best lah komik ni! Sangat sesuai untuk jadi bahan bacaan ilmiah untuk anak2 malah orang macam kita pun sangat sesuai. Senang nak faham sains tubuh badan kita sendiri... dan pastinya tak bosan,  syok!

# komik sains
# komik best
# kartun garam
# buku garam

No comments:

Post a Comment