Thursday 10 October 2013

rawat resdung dengan masin garam

Sejak akhir2 ni, hidung selalu tersumbat, kalau ikut sejarah keluarga saya,  memang ramai ahli keluarga yang merupakan pesakit resdung,  yang jenis pagi2 bersin, kena habuk bersin, kalau makan udang maka gatallah hidung&mata.

Dulu saya tengok pelik dan kesian tengok ahli keluarga saya sibuk bersin2..letih nak doakan bersin;) tapi sekarang bila hidung selalu tersumbat dan pergi cek doktor..doktor kata mungkin saya resdung!
Aiiiik hidung sumbat tapi tak bersin2 pun itu namanya resdung. Laaaa rupanya aku pun resdung;)

Maka bermulalah proses men'google' ilmu resdung ni atau dikenali juga sebagai sinusitis. Sampai ada masanya telinga jadi berdengung nggggggggggg je. Sebelah je. Mula2 rasa tak selesa sampai kadang2 menakutkan. Ish nauzubillah. Ya Allah sihatkanlah pendengaranku....


Dalam mencari ubat resdung hidung tersumbat ni, 
Mcm2 produk la tiba2 jumpa...
Mcm2 teknik orang kongsikan...
Ilmu Allah nak bagi, sebelum ni tak perasan pun sbb tak kena, skali bila dah resdung ni nak ikhtiar juga rawatannya...

Yang paling tak boleh lupa dapat jumpa 'buah beruk'  bukan beruk tau.
berair juga mata dek ketawa besar dengar nama ni;) rupa parasnya taklah sedahsyat namanya...dalam nak merawat lendir2 mukus yang banyak dalam hidung ni, saya pun cuba la bli benda ni, katanya boleh keluarkan lendir2...setakat ni ok lah. Mungkin berbeza orang berbeza kesannya. Sape nak cuba gtau la...ada lg sikit tu... Tapi awas! Siapkan tisu banyak2 nnt asyik bersinnnn je;) kemudian lega jap tapi lepas tu datang smula simptom hidung tersumbat. Tapi ada orang menjadi. Nak tahu bentuk rupanya tanyalah pakcik 'google' yang baik hati tu...

Kemudian, jumpa info rupanya resdung juga boleh dirawat menggunakan air wudhu'. Masa masukkan air dalam hidung tu, sedut sampai rasa cam air tu masuk ke dalam urat hidung ke mata....mata nnt mula2 rasa pedih, lelangit pun rasa pedih tapi tu untuk mula2 je tapi kemudian dia akan ok. Selesa. Teknik ni pernah dikongsi oleh seseorang kat forum mna, dah lupa. Cari smula utk kongsi link nya dah tak jumpa. Semoga Allah membalas perkongsian yang bermanfaat tu... 

Apapun mengikut orang ni, itu pun ada seorang alim yang kongsi pada dia. Bukan ilmu baru, cuma betulkan amalan wudhu yang slalu kita buat tu ikut betul2 camne Rasulullah saw praktikkan. Hebat! Subhanallah.

Berikutnya jumpa lagi input baru berkaitan resdung ni. Masukkan air garam ke dalam lubang hidung kemudian keluarkan. Garam boleh berfungsi sebagai anti-bakteria. Carilah garam yang suci bersih dan air yang bersih. Macam saya memang ada bekalan garam masakan keluaran Rawatan Komplimentari Insaniah (rki) yang saya memang yakin bersih lagi berkhasiat lagi halal lagi kenal dgn peribadi doktor pengasas rki tu. Mmg btul2 yakin! InsyaAllah. Dan yang penting  garam warna pink lagi;) osem! Alhamdulillah.

Bahan2 smua dah ada tapi bru arini pandai guna utk merawat...nnt saya akan kongsikan hasilnya insyaAllah.

***

Dari semalam duk terpikir2 masin memang dari garam je ke? Ada ke benda lain yang masin bukan sebab garam? Setakat ilmu yg ada ni memang sahih masin hanya dari garam!

Ada bantahan;) ?

# ubat resdung 
# kaedah rawat resdung
# tip elak resdung
# apa itu resdung

2 comments:

  1. Assalam, nak tahu hasil berubat resdung melalui garam tu.. Ok ke

    ReplyDelete