Thursday 17 October 2013

masin peluh tanda penyakit

Sape yang pernah tertelan peluhnya sendiri, sila angguk kepala;) bisik kat orang sebelah "tak sengaja laaa"
Betul ke masin, masin sikit ke masin betul? ;)

Peluh keluar melalui liang roma yang ada di permukaan kulit kita. Sebab tu adalah lebih selamat peluh dibiarkan keluar bebas melalui kulit kita tanpa ada halangan krim/losyen kalis air ke atau apa2 yang boleh menyumbat laluan peluh tu. Jika peluh tak boleh keluar ikut situ nanti nak keluarkan ikut mana pula? Sesuatu yang nampak remeh tapi juga perlu diperhatikan.


Ikut kajian, peluh yang masin menunjukkan tahap asid urik seseorang itu berlebihan dan dikeluarkan bersama peluh. Haa hebatkan peluh. Smua yang Allah cipta pasti tiada yang sia2!





Asid urik tu apa? Ni info yang saya petik, sumber dari www.shashamohamed.com ;

Asid urik adalah bahan buangan yang terhasil dalam badan anda semasa proses penghadaman (pemecahan) purine yang terdapat secara semula jadi dalam banyak makanan. Asid urik biasanya tidak berbahaya pada kesihatan tetapi paras yang tinggi boleh menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang pada sesetengah orang.

Paras asid urik dalam badan di sebabkan oleh: 
  • fungsi buah pinggang yang lemah
  • kekurangan potasium
  • reaksi kepada ubat-ubatan & vitamin
  • berdiet untuk menurunkan berat badan 
***
Haa jadi apalagi jom kita cek buah pinggang kita ok tak dengan rasa setitik peluh kita...eh eh boleh ke dengan sengaja? ;)

# asid urik
# punca peluh





3 comments:

  1. Peluh saya tawar.. mcm mana tu?. Sebab ape ye tawar.

    ReplyDelete
  2. Peluh sy terlalu byk keluar ketika bekerja ..akibatnya kulit berasa pedas dan akhirnya kukit mnjadi kering dan terkupas..apa ubat yg perlu saya ambil?

    ReplyDelete
  3. Assalam..Sya nak tnya.saya baru ja baik dari demam..pastu skrg ni Sya kuat berpeluh.pastu Sya jdi macam letih sgt..bdn rsa menggetar.time tu Sya kna rehat dpn kipas baru reda.apakah itu tnda2 satu penyakit ya.?

    ReplyDelete