Friday 11 October 2013

Gempar : Tahi hidung masin itu ubat

Maaf semua. Pastikan tangan anda letak elok2 atas peha ok;)

Selalu kita dengar orang dulu2 cakap "kedekut tahi hidung masin" ewww nampak tak betapa tak enak didengar perkataan ni. Apakah perasaan orang yang mendapat perkataan ni...setakat nak gurau pun macam agak tidak sopan. Tapi kenapa boleh keluar frasa ni? Memang masin ke tahi hidung kita? Antara sebab jadi macam 'ganas' ayat ni sebab perkataan 'tahi' tu, sebenarnya itu bukan tahi najis tapi hanyalah istilah je. 

Itukan hanya gumpalan debu/habuk yang melekat pada dinding dalam hidung yang ditapis oleh bulu hidung dari memasuki lubang dalam hidung. Dan selalunya orang korek kemudian terus jentik ke mna saja/tak pun gentel2 kemudian lepaskan kat bawah kerusi perlahan2 ;p jangan ngaku tau.



Eh eh panjang pula ayatnya. Senang cerita tahi hidung tu kalau kita tukar perkataan tahi tu jadi 'lilin' hidung. Amacam? Kan lembut sikit bunyinya. Kadang2 sebab perkataan tu je jadi benda tu nampak jijik walhal biasa je. Ewww. Kedekut lilin hidung masin!

Tapi betul ke tahi hidung masin? Biarlah ianya terus diselubungi misteri.

Yang nak cerita nya, ni ha.. Ada artikel kajian dari :...Doktor Saran Makan Tahi Hidung...



...dinyatakan makan tahi hidung sendiri boleh jadi ubat. 

Oh tuhanku. Adakah ini betul atau sekadar gurauan?
Agak2 bagaimana reaksi masyarakat kita? Dan semestinya apa pandangan Islam dalam hal ni? 

Wallahua'alam

# jaga kesihatan 
# tip penjagaan kesihatan pelik

No comments:

Post a Comment