Tuesday 22 October 2013

garam masin warna merah jambu

Garam adalah antara batu / bahan semulajadi yang boleh dimakan dan memberi manfaat pada tubuh. Tapi garam di pasaran adakah selamat? Secara logiknya garam yang sudah putih bersih itu sudah pun melalui beberapa proses pemutihan sehingga ianya tidak lagi semulajadi malah boleh memberi kesan pada kesihatan kita.

Saya tertarik dengan fakta yang ramai pengeluar cuba mengelirukan pengguna dengan menyatakan garam bukit mereka semulajadi, tapi garamnya berwarna putih suci seperti garam putih biasa.

Bukankah warna asal garam semulajadi tidak akan seputih itu. Paling tidak berwarna kelabu/merah jambu? Garam masakan keluaran rki juga berwarna merah jambu. 

Alhamdulillah.




Apa beza garam putih, garam bukit dan garam semulajadi? 







Ni antara fakta yang saya temui...

Garam ialah sejenis mineral. Dalam bahasa kimia, ia dipanggil sodium klorida. Garam menambah perisa kepada makanan dan sebagai bahan pengawet. Garam adalah satu-satunya jenis 'batu' yang boleh dimakan manusia. Apa saja jenis garam sama ada garam bukit, garam laut atau garam putih datang dari alam semulajadi. Kaedah pemprosesan selepas itu menjadikan garam-garam ini berbeza.

Garam putih berasal dari lautan atau batu dari gunung. Ia sebenarnya sudah diproses dan 'dibersihkan' agak keterlaluan. Sama seperti memproses gula tebu untuk dijadikan gula putih. Garam putih boleh didapati di kedai-kedai runcit biasa. Walaupun ia berasal dari alam semulajadi, ia sudahpun melalui proses kimia dan menjadikan ia tidak sesuai untuk tubuh manusia. Tetapi 99% pengguna di negara ini masih menggunakan garam jenis ini untuk masakan. 

Garam laut pula berasal dari lautan. Warnanya agak kelabu tidak seperti garam putih yang berwarna putih 'bersih'. Garam laut didapati dari lautan dan dikeringkan melalui proses evaporasi cahaya matahari untuk mendapatkan kristal. Ia hampir 100% asli dan lebih baik dari garam putih. 


Mengapa warna merah jambu?

Garam bukit pula berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah kemerahan atau pink. Garam ini adalah adalah seratus-peratus asli dan hampir tidak diproses. Ini adalah jenis garam yang terbaik untuk manusia. Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain. Pergunungan boleh dikatakan masih bebas dari pencemaran alam dan garam di sini adalah jenis yang terbaik. 

(Sumber ; http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/01/beza-garam-putih-garam-bukit-garam.html?m=1 )


# garam bukit
# kelebihan garam bukit

No comments:

Post a Comment