Friday 8 November 2013

masin zikir fatimah

Sejak sudah bergelar ibu 3 anak ni, makin lama makin menghargai pengorbanan ibu ayah, susah payah membesarkan kita dulu. MasyaAllah. 

Penatnya adalah ibadah. 
Letihnya mendapat pahala. 
Susahnya diberi ganjaran. 



Dengan syarat mulut jangan merungut. Jangan mengeluh. Melalui pemerhatian saya, setiap ibu yang namanya ibu, baik surirumah bekerja di rumah, atau surirumah berkerja di luar, ada keletihannya tersendiri. Ada bebanan yang perlu dibereskan. Patutla Nabi Muhammad s.a.w mengajar suatu zikir ketika anak kesayangannya fatimah r.a.mohon dipertimbangkan seorang pembantu untuk meringankan tekanan, keletihan mengurus rumahtangga. Namun, nabi s.a.w menghadiahkan zikir ini. 

Saiyidina Ali r.a. berkata kepada murid-muridnya :
“Patutkah aku menceritakan kepada kamu semua kisah mengenai Fatimah r.a. yang paling dicintai dan dikasihi oleh Rasulullah SAW?”
Murid-muridnya memberi jawapan setuju,lalu beliau pun bercerita:
“Fatimah r.a. biasa menggunakan pengisar untuk mengisar bijirin yang menyebabkan tumbuhnya bintat pada tapak tangannya.Dia mengangkat air kerumahnya dalam sebuah beg kulit sehingga menyebabkan timbul parut di dadanya.Dia mencuci rumahnya seorang diri sehingga pakaiannya kotor.Sekali peristiwa,beberapa orang tawanan perang telah dibawaa ke Madinah.Aku pun berkata padanya:
“Pergilah engkau kepada Rasulullah SAW dan mohonlah padanya agar diberikan seorang pembantu supaya dapat membantumu di dalam kerja-kerja rumahmu.” Dia pun pergi mendapatkan baginda tetapi didapati ramai orang telah mengelilingi baginda.Oleh kerana dia seorang yang bersopan santun,dia tidaklah berani untuk membuat permohonan itu kepada Rasulullah SAW di hadapan khalayak ramai.Pada keesokkan harinya,
Rasulullah SAW telah datang ke rumah kami dan berkata:
“Hai Fatimah!Apakah yang menyebabkan engkau datang kepada aku semalam?”
Dia merasa malu untuk menyatakannya lalu mendiamkan diri sahaja.Aku pun berkata: “Ya
Rasulullah,Fatimah telah tumbuh bintat-bintat yang menyelar ditangannya dan di dadanya disebabkan dia mengisar dan mengangkat air sendirian.Dia juga sibuk mencuci rumah dan lain-lain urusan pekerjaan rumahtangga menyebabkan pakaiannya kotor.Aku menyuruhnya supaya menemuimu untuk meminta orang tawanan agar meringankan bebannya.”
Rasulullah SAW pun berkata: “Takutlah akan Allah, hai Fatimah.Bertaqwalah dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja rumahtanggamu. Sewaktu hendak tidur, ucapkanlah
‘Subhanallah’ 33 kali
Alhamdulillah’ 33 kali
Allah hu Akbar 34 kali
Dengan ini akan engkau dapati lebih berguna dari seorang pembantu.”
Fatimah berkata ; “Aku berpuas hati dengan Allah dan rasulNya.” 


Khusus buat semua wanita yang dah berkeluarga, zikir yang boleh menenangkan seketika kepenatan si ibu, bahawa zikir yang dinamakan zikir fatimah ini memang mujarab. Ada aura tersendiri. Tak percaya, ibu2 cuba amalkan. Paling minima 21 hari. Tengok kesannya. Ni saya nak pesan bukan untuk orang lain je, untuk diri sendiri juga.

Maha Suci Allah yang tidak pernah alpa dengan pengorbanan seorang isteri, jasa seorang ibu. Ayuh kawan2, inilah ubatnya! Pembakar semangat! Penguat azam! Kita goncang kubur kita dengan amalan ini, bangga mendidik anak sendiri, jangan disiakan peluang ini, semoga menjadi saham akhirat yang berguna...

jom masinkan bibir dengan zikir fatimah;)

# kerjaya surirumah
# petua surirumah
# zikir / tasbih fatimah
# pengorbanan ibu

No comments:

Post a Comment