Wednesday 13 November 2013

kambing mesti jilat garam

pernah tengok kambing jilat garam? saya pernah tengok dalam tv alhijrah, penternak kambing tu gantung ketulan garam jilat atau juga dikenali sebagai bata garam jilat, dan memang kambing akan pergi jilat2 garam tu.




Sebelum ni saya memang dapat tahu dalam pembacaan saya berkaitan garam di dalam buku "air dan garam" keluaran Rawatan Komplimentari Insaniah yang menyatakan kambing gurun akan cari dan jilat garam di kaki gunung. Itulah ilmu pertama saya berkaitan kambing dan garam.

Tertanya juga kenapa pulak kambing ni nak jilat2 garam. Bukan ragut rumput je ke? aduuuuuh naluri saya ingin tahu tu berada di tahap tinggi;) Mesti nak tahu mengapa dan kenapa?

Firasat saya---Agaknya sebab itulah daging kambing dikenalpasti sebagai daging yang paling rendah kolestrol. Mungkin kerana faktor dan amalan pemakanannya. Ye tak?

--Susu kambing pun bagus, kedua terbaik selepas susu ibu.
--Menjadikan kambing sebagai korban raya haji pun lebih afdal dari lembu.

Hebat kambing ni;) jangan pandang sebelah mata je pada makhluk Allah bernama kambing ni....kambing pun pandai jaga kesihatan.

tepuk dahi, tanya diri!

Walaupun baru lepas pekena sup gear box kambing di Kota Tinggi, semangkuk RM10.00 ada dalam 3 ketul je...rasa boleh tahan, alhamdulillah;)



Sebenarnya bukan nak cerita bab kambing nak masak apa, tapi pasal kenapa kambing perlu jilat garam yang masin tu? 
Ini penemuan yang baru saya tahu....

Rupa2nya untuk menjadikan seekor kambing itu cukup zat dan nampak lebih sihat dan aktif dengan bulunya kelihatan bersinar dan tersisir rapi. Kacak hensem lagi bergaya, memang kambing perlu jilat garam!

Bata garam untuk ternakan adalah bagi mengimbangi garam mineral. Bata garam digunakan sebagai sebahagian dari amalan pengurusan pemakanan dan merawati keadaan penyakit kekurangan zat mineral.

Penternak perlu digalakkan memberi bata garam kepada ternakannya bagi mengatasi berbagai masalah penyakit kekurangan mineral.

Kadangkala penternak menghadapi masalah ternakan mereka tidak gemuk, ternakan tidak sihat, terencat, kurus kering, anemia (macam ibu mengandung selalu kena hehe) dan kurang selera walaupun diberi makanan yang cukup dan telah dirawati ubat cacing serta tiada tanda tanda jangkitan penyakit.

Maka besar kemungkinan ternakan tersebut menghadapi kekurangan zat mineral.
Kaedahnya cukup mudah, cuma perlu gantungkan batu garam jilat tu dan kambing secara naluri semulajadinya akan menjilat garam tersebut.

Kebaikan Garam Bukit Untuk Ternakan

Garam bukit memang elok diberikan kepada haiwan ternakan seperti kambing dan lembu, sebab ianya membekal zat galian, zat besi dan potatsium dan sangat baik termasuk sistem penghadaman.

Antara kandungan hydrogen, lithium, beryllium, boron, carbon, nitrogen, oxygen, fluoride, sodium, magnesium, aluminum, silicum, phosphorus, sulfur, chloride, calcium, scandium, titanium, vanadium, chromium, manganese, iron, cobalt, nickel, copper, zinc, gallium, germanium, arsenic, selenium, bromine, rubidium, strontium, yttrium, zirconium, niobium, molybdenum, ruthenium, rhodium, palladium dan banyak lagi.

*Kelebihan garam bukit untuk ternakan anda: ---
Kambing jantan lebih aktif untuk mengawan.
*Kos penyelengaraan kesihatan berkurangan, kerana ketahanan diri kambing meningkat. penyakit biasa seperti batuk, selsema, demam mula kurang menyerang.
*Garam tidak peroi dan tahan lama. Kos garam jilatan dapat di kurangkan.
*Penggunaan garam dalam kandang hingga ketahap maksima selama 24 jam x 7 hari.
*Lebih digemari oleh ternakan yang bukan sahaja kambing dan lembu, binatang kesayangan seperti arnab dan kucing juga suka kepada garam ini.
*Tiada kesan sampingan terhadap ternakan dewasa ataupun anak.
*Terdapat kelainan kepada bulu binatang. Nampak lebih kukuh dan bersinar.


>>>>>>haaa jangan tak percaya? ;)

(Sumber : http://albakri88.wordpress.com/2012/05/03/garam-bukit-baik-untuk-ternakan/ )

# kambing
# khasiat kambing
# tip penjagaan kambing
# kelebihan garam bukit

No comments:

Post a Comment