Thursday 21 November 2013

KardioMate bahan pengganti garam

Petikan dari akhbar utusan, berkaitan penemuan garam tiruan, kajian yang mengambil masa 9 tahun untuk menghasilkannya. 

Maha Hebat Allah, garam tiruan yang bukan sahaja nampak hebat dari segi nama, nampak gah dari segi khasiat namun belum tentu sempurna --- masih banyak kekurangan.

Awas! Garam ini tidak boleh dimasukkan ke dalam masakan kerana masakan akan membeku menjadi jeli. Huhu.


Baca laporan lanjut dari akhbat tersebut yang bertarikh : 30 Mac 2011

---laporan lama, hampir 3 tahun tapi baru kini saya tahu, alangkah kesiannya diriku  ^_*

KardioMate bahan pengganti garam

Oleh LEE HOOI BOON
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan bahan pengganti garam iaitu KardioMate yang berupaya melindungi kesihatan termasuk hati, jantung, ginjal, mata, saluran darah dan otak.

Bahan tersebut rendah kandungan natrium, tinggi kalsium dan mengandungi zat-zat galian penting yang lain.

Menurut Felo Penyelidik Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Suhaila Mohamed, KardioMate dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan terutama rumpai laut.

Jelasnya, pengganti garam itu membolehkan orang ramai terutama pesakit darah tinggi menikmati makanan tanpa risau akan tahap kemasinannya.

“KardioMate terbukti secara saintifik boleh membantu mencegah penyakit terutama berkaitan kardiovaskular yang disebabkan oleh amalan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.

“Bahan ini juga berupaya memperbaiki sistem kardiovaskular individu apabila digunakan secara berterusan,” katanya pada majlis promosi hasil penyelidikan UPM di Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Pusat Teknologi UPM-MTDC, di sini hari ini.

Penyelidikan KardioMate mengambil masa sembilan tahun menggunakan geran sejumlah RM500 juta termasuk daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pengajian Tinggi.

Suhaila memberitahu, tidak seperti garam, KardioMate tidak boleh dimasukkan dalam masakan kerana makanan akan menjadi jeli, sebaliknya ia perlu diambil bersama makanan.

Menurutnya, golongan yang alergi terhadap makanan laut tidak sesuai untuk mengambil KardioMate bagi mengelak alahan.

Tambah beliau, pihaknya kini mengadakan perbincangan dengan industri pemakanan agar pengganti garam itu dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan.

Sumber : : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm#ixzz2ka2G3xwH 




Terlintas di hati ---> Alangkah bestnya jika badan2 yang mengkaji secara terperinci pemakanan mengikut Quran dan Sunnah juga mendapat dana / geran sebegitu? 
  
Sekuat keyakinan dengan gigitan gigi geraham!

# garam tiruan
# KardioMate

No comments:

Post a Comment