Saturday 23 November 2013

garam di tubuh Firaun

Dulu masa saya masih dalam tingkatan, sekolah menengah, ustaz saya pernah bergurau, pesan kepada kami, nanti nak pilih nama anak jangan bangga pilih nama yang ada dalam alQuran, pilih kemudian tanyalah para alim ulamak, paling tidak tengok maknanya dalam terjemahan alQuran, takut nanti terambil nama2 penjahat/kaum2 yang dilaknat Allah yang diceritakan dalam alQuran;p contohnya Firaun!

Kita umat Islam sememangnya dah tahu dan arif tentang bagaimana kekejaman Firaun dan tenteranya kepada umat manusia ketika itu. Rata2 anak kita maklum dengan Firaun, sebut saja Firaun pasti dimaksudkan orang jahat lagi kejam!

Antara intipati kisah Firaun dan nabi Musa a.s. :

  • Dakwah seorang anak angkat kepada bapa angkat.
  • Dakwah seorang nabi yang ada kekurangan dari segi percakapan (pelat) yang dibantu oleh saudaranya Harun a.s.
  • Dakwah seorang rakyat kepada pemerintah yang kejam
  • Firaun yang mengaku dirinya sangat berkuasa---Tuhan.
  • Kisah terbelahnya laut, pengikut nabi Musa diselamatkan Allah, Firaun dan pengikutnya ditenggelamkan. 
  • Mayat Firaun ditakdirkan Allah tidak musnah hingga kini.
"Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami".
(Yunus:92)

---Nabi Musa diselamatkan Allah dari bala tentera Firaun pada 10 Muharam. 


Garam ditemui di mumia Firaun

Maurice Bucaille dilahirkan dikalangan keluarga Perancis dan seperti ibu bapanya,beliau dibesarkan sebagai seorang Kristian. Selepas menamatkan pendidikan peringkat menengah, beliau melanjutkan pengajian di Fakulti Perubatan, Universiti Perancis. 


Beliau amat cemerlang dalam pengajian perubatan sehingga memperoleh BSc Degree dan bekerja keras sehingga namanya meningkat naik menuju kemahsyuran, menjadi Pakar Bedah yang paling pintar dan paling berpengaruh dalam sejarah Perancis moden. Tetapi suatu peristiwa telah terjadi sehingga mengubah seluruh hidupnya :

Perancis dikenali dengan minatnya yang unik dalam bidang arkeologi dan sejarah warisan. Presiden Parti Sosialis Perancis yang juga Presiden Perancis ketika itu, Francois Mitterand yang berkuasa pada tahun 1981, mewakili Perancis meminta kerajaan Mesir menghantar mumia Firaun bagi menjalankan satu siri eksperimen yang penting. 

Sebenarnya mumia tersebut adalah jasad Firaun yang paling zalim pernah memerintah Mesir, Ramses II. Presiden Perancis, menteri-menteri, dan para pegawai atasan berbaris berdekatan kapal terbang yang membawa jasad firaun dan menunduk hormat kepadanya seakan-akan Firaun itu masih hidup. Pelik. 

Selepas upacara menyambut Firaun itu tamat, mumia tersebut dipindahkan ke Pusat Monumen Perancis. Semua ahli arkeologi, anatomis dan pakar bedah yang terkenal mula berkumpul dan menjalankan kajian ke atas mumia tersebut dalam percubaan untuk menggali misterinya. Pakar bedah yang paling senior dan saintis yang mengetuai kajian tersebut adalah Prof Maurice Bucaille.

Ketika para pengkaji sedang sibuk melakukan proses pemulihan mumia itu,ketua mereka, Prof Maurice sedang memikirkan sesuatu yang lain. Dia cuba mencari punca Firaun itu mati, hanya di tengah lewat malam, dia berjaya menyimpulkan analisis terakhir. Tinggalan garam yang tersekat di dalam badan mumia itu adalah bukti nyata bahawa firaun itu mati akibat lemas di laut ,manakala jasadnya telah diambil sejurus selepas kematiannya, dan sangat jelas seseorang telah segera memumiakan mayatnya supaya jasadnya terus kekal terpelihara. 

Tetapi persoalan yang bermain-main dalam fikiran Prof Maurice; bagaimana jasad firaun ini -yang sama sekali berlainan dari mumia mesir purba lain- terus kekal terpelihara walaupun mayatnya telah diselamatkan dari dalam laut?

Prof Maurice sedang sibuk menyiapkan laporan terakhir ketika berfikir sama ada mayat Firaun itu diselamatkan dan segera dimumiakan sejurus selepas mati lemas. Seorang rakannya yang mengetahui apa yang berlegar-legar dalam fikiran Prof Maurice berbisik ke telinganya, “tidak perlu terburu-buru memikirkan tentang isu ini, kerana orang Islam berkata bahawa firaun itu (merujuk kepada mumia tersebut) memang pun mati akibat lemas”. 

Pada mulanya, Prof Maurice menolak dakwaan tersebut (bahawa ada pihak lain yang mengetahui ada mayat firaun yang dimumiakan selepas mati akibat lemas) dengan andaian bahawa penemuan tersebut hanya boleh didapati melalui penggunaan komputer yang moden, sofisikated dan tepat. 

Seorang rakan saintisnya yang lain mengatakan sesuatu yang lebih mengejutkan apabila mendakwa kitab suci orang Islam iaitu Al-Quran telah menceritakan kisah seorang Firaun yang mati lemas dan jasadnya terus kekal dipelihara selepas itu. 

Kejutannya semakin menjadi-jadi dan fikirannya terus tertanya-tanya “ Bagaimana Al-Quran boleh memperoleh data itu sedangkan mumia tersebut tidak dijumpai sehingga tahun 1898, hanya 200 tahun yang lepas, sedangkan Al-Quran sudahpun diturunkan dan dibaca sejak 1400 tahun dahulu, juga fakta bahawa hanya sehingga beberapa dekad dahulu umat manusia termasuklah Muslim tidak mengetahui bahawa orang Mesir telah mempunyai kebolehan untuk memumiakan jasad firaun mereka”.

Prof Maurice telah berjaga sepanjang malam merenung mumia Firaun, memikirkan sedalamnya tentang apa yang telah dikatakan oleh rakan-rakan pengkaji lain tentang keterangan jelas Al-Quran yang menceritakan bahawa mayat tersebut telah diselamatkan dan diawet selepas lemas, sedangkan kitab Bible orang Kristian (Matthew dan Luke) pula hanya menceritakan tentang kisah Firaun ketika mengejar Nabi Musa tanpa menjelaskan tentang apa yang berlaku pada mayatnya selepas itu. “Bagaimana mungkin Nabi Muhammad mengetahui tentangnya seribu tahun dahulu sedangkan baru sekarang aku mengetahuinya !?”
Prof Maurice menghabiskan waktu tidurnya di kala malam membaca dan meneliti satu versi kitab Torah (kitab suci orang Yahudi) iaitu Exodus. Terdapat satu ayat yang menjelaskan tentang bencana menimpa tentera Firaun tatkala mengejar Nabi Musa dan pengikutnya. “Dan air laut itu menimpa jentera peperangan dan kuda-kuda askar Firaun, menghambat kesemua mereka sehingga tiada apa lagi yang tinggal”. Tetapi teks ini menambahkan kejutan Maurice, kerana Torah juga tidak menceritakan bahawa memang ada sesuatu yang tertinggal iaitu mayat Firaun yang telah diselamatkan dan dipelihara melalui proses pengawetan yang telah dijalankan.

Kerajaan Perancis akhirnya menghantar balik mumia Firaun itu yang ditempatkan di dalam keranda kaca yang mewah ke Mesir. Tetapi sejak Prof Maurice mengetahui tentang kisah yang berlegar di kalangan Muslim tentang mayat orang mesir purba yang diawetkan, beliau membuat keputusan untuk berlepas ke Arab Saudi di mana satu Konferensi Perubatan sedang berlangsung yang dihadiri oleh ramai ahli anatomis Muslim. 

Di sana Prof Maurice menceritakan penemuannya kepada mereka tentang mayat Firaun yang diawetkan selepas lemas. Salah seorang peserta Konferensi itu membuka kitab Al Quran dan membacakan satu ayat di mana Allah telah berfirman dalam Surah Yunus Ayat 92 : 

“ Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”

Dalam keterujaannya, Prof Maurice bangun di hadapan semua peserta dan dengan kuatnya mengatakan “Saya telah memeluk Agama Islam dan percaya akan kebenaran Kitab Suci Al-Quran.”

Allahuakbar.
Subhanallah.

(sumber : http://peribadirasulullah.wordpress.com/2011/03/09/firaun-dan-pakar-bedah-perancis/)

#kisah Firaun
#mumia Firaun
#raja Ramses II
#Dr. Maurice Bucaille

Friday 22 November 2013

ubat gigi garam

Satu pagi, dalam kelam kabut nak bersiap untuk solat Subuh di rumah mertua saya, tersedar lewat, astaghfirullah. sedap sungguh tidur suasana kampung, sejuk pagi. Godaan tinggi untuk lena terus dalam mimpi...zzz.---masa tu nak gosok gigi, bila je ubat gigi tu mencecah gigi, uikkk aku tersalah ambik ubat gigi ke pencuci muka?? 

Terus saya tunduk ambil kembali benda yang macam ubat gigi tu, dan baca label betul2. Alhamdulillah betul;p dah sahih ubat gigi, cuma kali ni ada campuran garam bukit. Rasa pudina berangin tapi masin;) ubat gigi keluaran S***. Rasa unik-pelik-tapi bolehla.

Saya memang dah tahu garam sangat berkhasiat untuk gigi atau penjagaan mulut. Malah petua nenek saya dulu, amalkan berkumur dengan halia dan garam, seminggu sekali atau seeloknya setiap hari untuk gigi lebih tahan, kuat. Tapi nak buatnya kadang2 ada rasa m***s ;) Cuma saya baru tersedar rupanya di luar sana sudah ada produk ubat gigi dah siap ada garam. Senang lah camni. Malah bermacam2 keluaran ubat gigi yang ditambah garam. Ada ubat gigi dan garam bukit-ubat gigi dengan garam buluh-ubat gigi ditambah macam2 lagi herba lain dan juga garam...macam2 ada, tinggal pilih dan guna. 


Yang penting pastinya ada rasa masin! dah garam pastilah masin! ye tak;p Satu lagi bukti bahawa masyarakat dah mula menerima baik kelebihan garam bukan sahaja untuk masakan malah untuk kegunaan harian: sabun garam ada-syampu garam ada-ubat gigi garam ada. Dalam bab ubat gigi ni --- pengeluar tak akan buat produk ni jika tiada permintaan. Mana ada orang meniaga nak rugi maaa;)

Jom kita tengok apa manfaat garam dijadikan-atau ditambah ke dalam ubat gigi, antaranya :

  • Gigi dan gusi bukan sahaja penting untuk penampilan tetapi juga penting untuk kesihatan secara keseluruhan . Garam bukit adalah produk terbaik untuk kesihatan gigi. Kebanyakan masalah gigi adalah berpunca dari lebihan asid dalam mulut dan leher. 
  • Garam dapat membina PH semulajadi untuk pernafasan mulut dan pada masa yang sama melindungi enamel gigi anda .
  • Bagaimana caranya--->Beruslah gigi setiap pagi dengan ubat gigi garam setiap hari.

Jom bertukar kepada ubat gigi garam, jangan tangguh lagi, rasai kelainannya;)

---Orang tua-tua zaman dulu selalu amal gosok gigi dengan garam dan arang yang dah ditumbuk halus (sekarang serbuk arang memang ada dijual dalam peket kecil untuk gigi). Petua untuk gigi lebih putih dan kukuh. 

#petua gigi putih
#ubat gigi garam
#tip kesihatan gigi
#kaedah penjagaan mulut

Thursday 21 November 2013

KardioMate bahan pengganti garam

Petikan dari akhbar utusan, berkaitan penemuan garam tiruan, kajian yang mengambil masa 9 tahun untuk menghasilkannya. 

Maha Hebat Allah, garam tiruan yang bukan sahaja nampak hebat dari segi nama, nampak gah dari segi khasiat namun belum tentu sempurna --- masih banyak kekurangan.

Awas! Garam ini tidak boleh dimasukkan ke dalam masakan kerana masakan akan membeku menjadi jeli. Huhu.


Baca laporan lanjut dari akhbat tersebut yang bertarikh : 30 Mac 2011

---laporan lama, hampir 3 tahun tapi baru kini saya tahu, alangkah kesiannya diriku  ^_*

KardioMate bahan pengganti garam

Oleh LEE HOOI BOON
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan bahan pengganti garam iaitu KardioMate yang berupaya melindungi kesihatan termasuk hati, jantung, ginjal, mata, saluran darah dan otak.

Bahan tersebut rendah kandungan natrium, tinggi kalsium dan mengandungi zat-zat galian penting yang lain.

Menurut Felo Penyelidik Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Suhaila Mohamed, KardioMate dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan terutama rumpai laut.

Jelasnya, pengganti garam itu membolehkan orang ramai terutama pesakit darah tinggi menikmati makanan tanpa risau akan tahap kemasinannya.

“KardioMate terbukti secara saintifik boleh membantu mencegah penyakit terutama berkaitan kardiovaskular yang disebabkan oleh amalan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.

“Bahan ini juga berupaya memperbaiki sistem kardiovaskular individu apabila digunakan secara berterusan,” katanya pada majlis promosi hasil penyelidikan UPM di Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Pusat Teknologi UPM-MTDC, di sini hari ini.

Penyelidikan KardioMate mengambil masa sembilan tahun menggunakan geran sejumlah RM500 juta termasuk daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pengajian Tinggi.

Suhaila memberitahu, tidak seperti garam, KardioMate tidak boleh dimasukkan dalam masakan kerana makanan akan menjadi jeli, sebaliknya ia perlu diambil bersama makanan.

Menurutnya, golongan yang alergi terhadap makanan laut tidak sesuai untuk mengambil KardioMate bagi mengelak alahan.

Tambah beliau, pihaknya kini mengadakan perbincangan dengan industri pemakanan agar pengganti garam itu dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan.

Sumber : : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm#ixzz2ka2G3xwH 




Terlintas di hati ---> Alangkah bestnya jika badan2 yang mengkaji secara terperinci pemakanan mengikut Quran dan Sunnah juga mendapat dana / geran sebegitu? 
  
Sekuat keyakinan dengan gigitan gigi geraham!

# garam tiruan
# KardioMate

Wednesday 20 November 2013

hilangkan bintik hitam dengan garam

Pertama sekali, mari kita kenali dulu apa itu bintik hitam(blackhead), dan apa pula bintik putih (whitehead). ---Adakah itu suatu penyakit kulit atau sekadar perhiasan kulit;p 

Definisi bintik hitam dan bintik putih

Jeragat (secara perubatan dikenali sebagai open comedo, adalah bonggol kuning atau kehitaman atau tersumbat pada kulit. Jeragat adalah sejenis akne vulgaris. 

Disebalik kepercayaan umum bahawa ia disebabkan oleh keadaan kurang bersih, jeragat sebenarnya disebabkan oleh lebihan minyak yang terkumpul dalam saluran kelenjar sebum. 

Bahan di dalam bonggol ini kebanyakannya terdiri daripada keratin dan perubahan sebum (lelehan berminyak dari kelenjar sebaceous), yang menjadi hitam ketika ia teroksida. Akar rambut tersumbat, di mana jeragat sering terbentuk, dan memantul cahaya secara tidak sekata yang menghasilkan gemerlapan "kehitaman" jeragat.

Sungguhpun begitu, bahan tersumbat tidak semestinya kelihatan hitam apabila dikeluarkan dari liang, tetapi mungkin memiliki warna perang-kekuningan disebabkan kandungan melaninnya.

Disebaliknya, "kepala putih" (lebih dikenali sebagai jerawat atau komedo tertutup) adalah akar rambut yang dipenuhi dengan bahan yang sama, sebum, tetapi tidak mempunyai bukaan mikroskopik ke permukaan kulit. Oleh kerana udara tidak sampai ke akar rambut, sebum tersebut tidak teroksida, dan kekal putih.

>>>Atau secara bahasa mudahnya : 



---> Black Head : Merupakan kumpulan sebum yang tampak seperti pori-pori terbuka yang membesar dan menghitam pada permukaan wajah dan mudah dikeluarkan. Komedo ini berwarna kehitaman karena teroksidasi oleh udara.

---> White Head : Merupakan gumpalan sebum yang terjadi di bawah permukaan kulit wajah yang tersumbat dengan kotoran dan lemak. Permukaanya tertutup sehingga sulit dikeluarkan. Biasanya, muncul di area T (dahi, hidung, dan dagu), juga di bawah mata dan pipi. Ianya tampak putih kekuningan seperti benjolan kecil-kecil di bawah kulit. Elakkan menghilangkannya dengan cara memicitnya.
Ia akan merangsangnya menjadi jerawat bernanah yang akan merosakkan wajah, sehingga menyebabkan infection.

Petua menghilangkan bintik hitam dengan garam
--- khususnya di kawasan hidung
--- Petua yang mudah dan murah!

  • Campurkan ubat gigi berpudina bersama sedikit garam dan sukatannya harus sama rata.
  • Apabila ramuan sudah sebati, sapukannya di serata muka dan juga di tempat – tempat yang mempunyai bintik hitam. 
  • Elakkan menyapu terlalu rapat pada mata kerana kesan pudina membuatkan mata anda pedih. Selesai meratakan ramuan, biarkan selama 5 minit.
  • Kemudian, urut wajah ada menggunakan dua jari dalam gerakan membulat kemudian bilas dengan air suam.
  • Akhir sekali, ambil air batu dan balutkan bersama tuala dan sapukan ke seluruh wajah terutama di hidung, ini bertujuan untuk menutup liang-liang roma yang terbuka.
Selamat mencuba;) Jangan lupa kongsikan hasilnya. Sharing is caring.

Sumber : 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jeragat
http://petua2kecantikankesihatan.blogspot.com/2011/11/masalah-blackhead-whitehead.html
http://suarabawahtanah.com/2013/08/15/hilangkan-bintik-hitam-dengan-ubat-gigi-dan-garam/

# petua hilangkan bintik hitam
# apa itu bintik hitam / blackhead
# tip hilangkan blackhead
# petua kecantikan

Tuesday 19 November 2013

perlukah gubal undang-undang garam?

Perlukah undang2 garam digubal? 

Memetik laporan Berita Harian, 18 Mei 2013 : 
---Gubal undang-undang kurang guna garam

Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan menggubal undang-und
ang untuk mengurangkan jumlah penggunaan garam dalam makanan. 

Ia berikutan kajian CAP mendapati lebih 40 bahan penambah yang mengandungi garam digunakan dalam makanan yang diproses.
Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata satu daripada tiga orang atau 32.7 peratus penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas didapati mengalami hipertensi selain peningkatan kes tekanan darah tinggi sejak sedekad lalu. 

Beliau berkata, di Malaysia, satu kajian terbaru mendapati penduduknya mengambil kira-kira 8.7 gram garam sehari iaitu 1.7 kali lebih tinggi daripada 5 gram garam sehari seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 




Mudarat kesihatan

Rakyat Malaysia masih kurang sedar akan perkara itu dan gemar mengambil makanan segera dan makanan yang diproses, yang akan memudaratkan kesihatan mereka pada masa depan.

Langkah awal harus diambil oleh kerajaan untuk membendung perkara itu daripada menjadi masalah utama negara, katanya pada sidang media di Pejabat CAP, di Jalan Masjid Negeri, di sini, semalam. 

Sehubungan itu, katanya, CAP menyarankan kerajaan mengambil langkah seperti mengurangkan iklan bagi produk makanan mengandungi terlalu banyak garam seperti mi segera atau makanan segera di televisyen.

Selain itu, katanya, kerajaan perlu melancarkan kempen besar-besaran untuk menggalakkan pengguna menyedari bahaya pengambilan garam yang terlalu banyak dan mewajibkan pengeluar makanan menunjukkan kandungan jumlah natrium pada label produk masing-masing.

Saya menasihatkan pengguna mengambil makanan seimbang kerana pengambilan garam berlebihan turut meningkatkan risiko kanser perut dan penyakit buah pinggang serta mencetuskan asma dan osteoporosis, katanya.


---

Begitu bahaya sekali jika garam diambil berlebihan. Tambahan pula garam yang diambil adalah bukan lagi garam organik, atau asli. Kalaupun asli, apa2 yang berlebihan memang menjanjikan mudarat. 

Ketawa berlebihan pun mudarat. 
Bersolek berlebihan pun mudarat.
Menangis berlebihan mudarat.
Tidur berlebihan mudarat.
Senaman berlebihan mudarat.

Undang2 kawalan garam akan lagi berkesan jika masyarakat diberi ilmu berkaitan garam secara terperinci. Jangan sembunyikan fakta sebenar garam yang merbahaya yang dijual secara berleluasa demi menjaga kepentingan pihak tertentu. Masyarakat perlu didedahkan ilmu sebenar berkaitan garam. 

Hanya ilmu sahaja yang dapat membezakan tindakan seseorang itu ke arah lebih baik. 
Ilmu itu cahaya!

Pesan garam : jangan nak salahkan aku je? ;p]

# undang2 garam
# bahaya garam berlebihan

Monday 18 November 2013

aneka khasiat garam

Garam memang terbaik! Macam2 boleh guna... Ada di antara yang disenaraikan di bawah ni sudah pun disentuh dalam entry lepas, yang dah tahu anggap saje ini ulangan. Tak kan nak ulangkaji pun nak marah;) Banyak ulangkaji mudah ingat, senang faham, keputusan cemerlang--kalau dah buat! 
 
1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (najis).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.

6 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8 .Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

(sumber : http://malaysianreview.com/1520/khasiat-garam-dalam-perubatan-islam-dan-petua-melayu/)



# ubat cirit birit
# bayi kerap menangis
# ubat gout
# perubatan islam gangguan jin

Sunday 17 November 2013

tengok video demo garam bertindakbalas

assalamualaikum wrt wbt

kali ni nak ajak sahabat2 semua cuba saksikan bagaimana garam bertindakbalas/kesan garam. --Ilmu yang bagus, kita lebih senang faham.

Semoga bermanfaat.



Selamat menonton.

(Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=Gw9UZsld9FI )

# garam buluh
# demo garam buluh

Saturday 16 November 2013

METRO : Garam buluh alternatif terbaik


Petikan dari akhbar Metro, 8 November 2013.

Garam sering dikenali sebagai salah satu punca kepada pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, jantung, hipertensi dan sebagainya. Walaupun ramai yang menyedari hakikat ini, namun kita tidak dapat elak dari menggunakan garam sebagai penambah rasa di dalam makanan harian.



Garam pembawa penyakit

Garam bersifat asid dan satu-satunya jenis batu yang boleh dimakan oleh manusia. Dalam kaedah sains, garam putih dikenali sebagai ‘sodium klorida’. Garam putih yang terdapat di dapur hampir setiap rumah dan restoran berasal dari lautan.

Namun, ia diproses secara keterlaluan sehingga semua kandungan mineralnya hilang. Selain itu, ada yang menyatakan bahawa warna putih pada garam diperoleh setelah ia melalui proses pelunturan. Maka yang tinggal hanyalah kompaun sodium dan klorida yang menjadi punca kepada masalah kesihatan.

Mengenali garam buluh

Menyedari hakikat masalah kesihatan, masyarakat kita mula mencari alternatif terbaik untuk menggantikan garam biasa.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa masyarakat Korea dan Jepun telah lama mengamalkan sejenis garam yang bersifat alkali yang dikenali sebagai garam buluh.

Garam buluh salah satu faktor yang menyumbang kepada kurangnya masalah penyakit jantung, kencing manis, gout dan darah tinggi di Jepun dan Korea.

Garam buluh adalah garam laut yang dikeringkan secara semula jadi oleh matahari dan dibakar di dalam buluh secara berulang-ulang sebanyak sembilan kali.

Kaedah ini menyebabkan garam ini lebur bak lava dan membolehkan ia menyerap mineral yang terkandung di dalam buluh. Kaedah pembakaran ini berjaya membuatkan garam biasa bertukar sifat asid kepada sifat alkali. Malah, yang paling penting garam buluh mengandungi lebih 80 mineral penting yang diperlukan oleh sistem imunisasi badan.

Buluh yang terdapat di Korea dan Jepun mempunyai kadar mineral yang tinggi. Malah, ia turut mempunyai daya ketahanan yang sangat baik terutama menghadapi musim salji dan cuaca panas yang begitu ekstrim. 



Bagaimana ia melawan penyakit? 

Garam biasa mempunyai sifat asid pada kadar 5pH manakala garam buluh mempunyai ukuran pH antara 9-11. Ini membuktikan bahawa garam buluh bersifat alkali. Apabila diambil secara harian, sifat alkali akan meneutralkan kandungan asid di dalam badan yang menyebabkan punca kepada pelbagai jenis penyakit.

Selain itu, garam buluh juga membantu badan menyerap zat-zat dan vitamin dari makanan yang diproses di dalam badan.

Apabila kandungan toksin dan asid dapat distabilkan, badan akan mula melalui proses pemulihan secara lebih cepat dan efisien. Ini sekali gus membuat-
kan badan lebih sihat dan bertenaga. 



Garam buluh atasi kanser?

“Kanser atau sebarang penyakit lain berpunca daripada kadar asid tinggi dalam badan.” Itukah ungkapan Dr Otto Warburh, pakar perubatan German pernah memenangi Nobel Prize atas hasil penyelidikan beliau.

Kandungan toksin dan toksin yang tidak dikeluarkan oleh badan secara perkumuhan atau peluh terkumpul di dalam badan. Ini salah satu faktor yang melumpuhkan sistem pertahanan badan.

Oleh itu sekiranya terdapat sel-sel kanser, ia akan mula hidup aktif di dalam badan atau bahagian-bahagian yang mempunyai kadar asid yang tinggi.

Oleh itu, secara amnya, salah satu langkah yang dapat membantu kita untuk membantu meningkatkan kadar alkali di dalam badan ialah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan bersifat alkali seperti sayur-sayuran dan juga garam buluh.

Sebagai umat Islam kita harus mempercayai bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Di samping berikhtiar dengan pelbagai kaedah perubatan amalkan doa-doa syifa agar Allah memperkenankan usaha kita dalam mengatasi sebarang penyakit.

KES 1: Azizah Ibrahim, 60, Skudai, Johor Bahru.

Sejak mengetahui saya menghidap kencing manis tahun lalu, saya terlambat mendapatkan rawatan pakar untuk merawat penyakit ini. Pelbagai makanan tambahan dan ubat-ubatan tradisional diambil untuk mengurangkan penyakit ini sehingga menyukarkan saya untuk berjalan.

Doktor memberitahu jika saya tidak mengamalkan diet yang seimbang, berkemungkinan kaki saya akan menjadi bengkak akibat kandungan gula yang tinggi dalam badan.

Saudara-mara mencadangkan saya mencuba garam buluh untuk membantu mengurangkan penyakit kencing manis yang saya alami.

Saya campurkan garam buluh bersama air suam dan sapukan pada bahagian kaki yang bengkak.

Saya turut mengamalkan meminum air bersama campuran garam buluh pada setiap pagi dan sebelum tidur.

Kini, saya tidak lagi menggunakan garam biasa dalam masakan, saya hanya gantikan dengan garam buluh.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, selepas setahun mengamalkannya, luka dan bengkak kencing manis pada kaki saya semakin mengecut dan syukur kerana kesan tindak balas garam buluh memang baik untuk penghidap kencing manis.

Kini, saya berasa badan lebih sangat sihat dan lebih aktif.

(sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Garambuluhalternatifterbaik/Article )

# garam buluh
# khasiat garam buluh

Friday 15 November 2013

buku secubit garam sesudu gula

Tajuk buku pun dah membuktikan garam tu power ;) Garam hanya diperlukan sedikit tapi kesannya dah rasa berbanding gula perlukan sesudu. 

Secubit dengan sesudu mana banyak? ^_*

SINOPSIS BUKU

Persahabatan yang baik yang terjalin antara dua sahabat peserta Masterchef Malaysia musim pertama ini menjadi ilham teraspirasinya buku Secubit Garam Sesudu Gula.

Brian lebih dikenali dengan aneka manisannya yang enak dan Imelda pula selalu menampilkan hidangan tidak manis (savoury) yang lazat. Mereka memilih bahan-bahan biasa digunakan di dalam masakan tempatan tetapi diberikan pendekatan berbeza.

Sebanyak 50 resipi dihasilkan. Setiap hidangan disuntik dengan pelbagai pengaruh masakan tempatan mahupun antarabangsa. Yang pasti, hidangan ini mudah, praktikal dan sedap.

BUKU: Secubit Garam Sesudu Gula
PENULIS: Brian & Imelda
HARGA: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-859-1
HALAMAN: 136


# buku resepi
# buku masakan
# kongsi resepi
# masterchef

Thursday 14 November 2013

Gempar : garam mandi bahaya?

Terkejut tengok tajuk berita di Berita Harian ni, 2 Oktober 2013 : Sekat 'garam mandi'

Kenapa pulak nak sekat garam mandi? Apakah kesalahan yang dibuat makhluk bernama garam mandi ni? Garam nak mandi pun tak boleh ke?;p Bukan nak buat apa, garam nak buat mandi je? Pemilik garam mandi jadi buruan? 1001 persoalan.

Hebat kuasa tajuk kan. Baca tajuk saje dah boleh pelbagai persepsi awal. Sebab tu tajuk menjadi fokus utama dalam melariskan akhbar dan berita ;p.

Jom baca artikel berkaitan....

---




Jeli: Polis Kelantan kini mengumpul maklumat dalam usaha menyekat kemasukan dadah baru dikenali 'garam mandi' (bath salts) ke negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata dadah sintetik itu paling berbahaya di Amerika Syarikat dan Eropah kerana boleh merangsang penagih menjadi seperti zombi.

“Kedudukan Kelantan bersempadan dengan Thailand, mendedahkan negeri ini kepada kemasukan bahan itu.

“Pasukan keselamatan di sempadan termasuk polis, Unit Pencegahan Penyeludupan serta Kastam Diraja Malaysia perlu pertingkatkan pengawasan,” katanya selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dan melancarkan Kelab Pencegahan Jenayah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, di sini, semalam.

Turut hadir Naib Canselor UMK, Datuk Prof Dr Raduan Che Rose; Pengarah Kampus UMK Jeli, Prof Dr Ibrahim Che Omar dan Ketua Polis Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar.

Makan manusia



Jalaluddin berkata, polis bimbang jika dadah itu dibawa masuk kerana ia boleh merangsang seseorang bertindak ganas sehingga tergamak makan manusia.
Sementara itu, polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di Johor Bahru menerusi dua serbuan berasingan dengan rampasan dadah seberat 7.3 kilogram bernilai hampir RM300,000.

Dalam serbuan pertama di Taman Iskandar pada jam 12.15 tengah malam 20 September lalu, seorang lelaki berusia 41 tahun dipercayai suspek pengedaran dadah.

“Serbuan terhadap sebuah rumah di Taman Perling pula Sabtu lalu, polis menahan lelaki berusia 27 tahun bersama 4.2 kilogram heroin bernilai RM200,000 serta merampas sebuah kereta bernilai RM20,000,” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menemui dadah disyaki syabu seberat 0.03 kilogram bernilai RM7,195; 13 biji pil erimin (RM650) dan ketamin seberat 3 kilogram berjumlah RM54,396.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dalam serbuan itu polis turut merampas sepucuk pistol semi auto jenis Beretta bersama 17 butir peluru 9 milimeter, selain dua kenderaan pelbagai guna (MPV) dan seutas jam tangan Rolex bernilai RM30,000.

"Dalam serbuan terhadap sebuah rumah di Taman Perling, jam 11.30 malam Sabtu lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bersama heroin seberat 4.2 kilogram bernilai RM200,000 seberat 4.2 kilogram serta merampas sebuah kereta bernilai RM20,000,” katanya.

(Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekat_garammandi_/Article/ )


---

ok dah siap baca blum? laaaaaaaaaaaaa rupanya garam mandi yang disekat tu nama manja keluaran baru sejenis dadah --- 'garam mandi' (bath salts). Ewaaah sedap nama ko ye?

MasyaAllah.
Subhanallah.
Alhamdulillah.


# bahaya dadah
# jenis dadah terbaru
# garam mandi

Wednesday 13 November 2013

kambing mesti jilat garam

pernah tengok kambing jilat garam? saya pernah tengok dalam tv alhijrah, penternak kambing tu gantung ketulan garam jilat atau juga dikenali sebagai bata garam jilat, dan memang kambing akan pergi jilat2 garam tu.




Sebelum ni saya memang dapat tahu dalam pembacaan saya berkaitan garam di dalam buku "air dan garam" keluaran Rawatan Komplimentari Insaniah yang menyatakan kambing gurun akan cari dan jilat garam di kaki gunung. Itulah ilmu pertama saya berkaitan kambing dan garam.

Tertanya juga kenapa pulak kambing ni nak jilat2 garam. Bukan ragut rumput je ke? aduuuuuh naluri saya ingin tahu tu berada di tahap tinggi;) Mesti nak tahu mengapa dan kenapa?

Firasat saya---Agaknya sebab itulah daging kambing dikenalpasti sebagai daging yang paling rendah kolestrol. Mungkin kerana faktor dan amalan pemakanannya. Ye tak?

--Susu kambing pun bagus, kedua terbaik selepas susu ibu.
--Menjadikan kambing sebagai korban raya haji pun lebih afdal dari lembu.

Hebat kambing ni;) jangan pandang sebelah mata je pada makhluk Allah bernama kambing ni....kambing pun pandai jaga kesihatan.

tepuk dahi, tanya diri!

Walaupun baru lepas pekena sup gear box kambing di Kota Tinggi, semangkuk RM10.00 ada dalam 3 ketul je...rasa boleh tahan, alhamdulillah;)



Sebenarnya bukan nak cerita bab kambing nak masak apa, tapi pasal kenapa kambing perlu jilat garam yang masin tu? 
Ini penemuan yang baru saya tahu....

Rupa2nya untuk menjadikan seekor kambing itu cukup zat dan nampak lebih sihat dan aktif dengan bulunya kelihatan bersinar dan tersisir rapi. Kacak hensem lagi bergaya, memang kambing perlu jilat garam!

Bata garam untuk ternakan adalah bagi mengimbangi garam mineral. Bata garam digunakan sebagai sebahagian dari amalan pengurusan pemakanan dan merawati keadaan penyakit kekurangan zat mineral.

Penternak perlu digalakkan memberi bata garam kepada ternakannya bagi mengatasi berbagai masalah penyakit kekurangan mineral.

Kadangkala penternak menghadapi masalah ternakan mereka tidak gemuk, ternakan tidak sihat, terencat, kurus kering, anemia (macam ibu mengandung selalu kena hehe) dan kurang selera walaupun diberi makanan yang cukup dan telah dirawati ubat cacing serta tiada tanda tanda jangkitan penyakit.

Maka besar kemungkinan ternakan tersebut menghadapi kekurangan zat mineral.
Kaedahnya cukup mudah, cuma perlu gantungkan batu garam jilat tu dan kambing secara naluri semulajadinya akan menjilat garam tersebut.

Kebaikan Garam Bukit Untuk Ternakan

Garam bukit memang elok diberikan kepada haiwan ternakan seperti kambing dan lembu, sebab ianya membekal zat galian, zat besi dan potatsium dan sangat baik termasuk sistem penghadaman.

Antara kandungan hydrogen, lithium, beryllium, boron, carbon, nitrogen, oxygen, fluoride, sodium, magnesium, aluminum, silicum, phosphorus, sulfur, chloride, calcium, scandium, titanium, vanadium, chromium, manganese, iron, cobalt, nickel, copper, zinc, gallium, germanium, arsenic, selenium, bromine, rubidium, strontium, yttrium, zirconium, niobium, molybdenum, ruthenium, rhodium, palladium dan banyak lagi.

*Kelebihan garam bukit untuk ternakan anda: ---
Kambing jantan lebih aktif untuk mengawan.
*Kos penyelengaraan kesihatan berkurangan, kerana ketahanan diri kambing meningkat. penyakit biasa seperti batuk, selsema, demam mula kurang menyerang.
*Garam tidak peroi dan tahan lama. Kos garam jilatan dapat di kurangkan.
*Penggunaan garam dalam kandang hingga ketahap maksima selama 24 jam x 7 hari.
*Lebih digemari oleh ternakan yang bukan sahaja kambing dan lembu, binatang kesayangan seperti arnab dan kucing juga suka kepada garam ini.
*Tiada kesan sampingan terhadap ternakan dewasa ataupun anak.
*Terdapat kelainan kepada bulu binatang. Nampak lebih kukuh dan bersinar.


>>>>>>haaa jangan tak percaya? ;)

(Sumber : http://albakri88.wordpress.com/2012/05/03/garam-bukit-baik-untuk-ternakan/ )

# kambing
# khasiat kambing
# tip penjagaan kambing
# kelebihan garam bukit

Tuesday 12 November 2013

rawat uban dengan garam

Pernah terfikir ke garam begitu sekali berguna dalam kehidupan kita. Satu lagi tanda Allah Maha Penyayang juga Maha Pengasih kepada ke sekalian makhluknya. Allahuakbar. Hebat ciptaan Allah.

Rawat uban dengan garam


Rambut yang beruban terjadi oleh kerana beberapa faktor seperti faktor usia, genetik, stress dan juga faktor kesihatan. Uban adalah rambut yang berubah warna menjadi kelabu kemudian putih. Rambut asli orang Asia pada umumnya memiliki warna hitam atau gelap kerana memiliki kandungan kadar melanin yang lebih tinggi.

Ketika rambut berubah menjadi putih dan menjadi uban, terjadi proses perubahan kadar melanin. Pada uban yang berwarna putih melanin tidak lagi dihasilkan, sehingga rambut baru tumbuh tanpa mendapatkan pewarnaan dari melanin. 



Petua rawat uban semudah berikut....Anda boleh mencegah rambut putih tumbuh sebelum sampai waktunya. Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam satu cawan teh pekat hangat, kacau hingga larut. Setelah sejuk pada suhu bilik, tuangkan secara merata pada rambut lalu urut-urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, kemudian bilas dengan air bersih tanpa menggunakan syampu. Untuk hasil yang maksima, lakukan perawatan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali. 

Tahu saje tapi tak cuba tak guna.
Cuba dan guna sekali sahaja lagi tak guna.
Banyak kali cuba baru betul2 berguna.
Selamat cuba jaya;)

Larangan mencabut uban

Namun, dalam Islam >>Uban adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin.

---Al Baihaqi membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadits dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة 

“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” 

(HR Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan).

---Ibnu Hibban membawakan hadits berikut. 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 
لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة 

“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” 

(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)

sumbe
r : 
http://fuh.my/petua-hitamkan-rambut-yang-beruban-dan-cara-mencegahnya/ 
http://adlizakaria.blogspot.com/2011/01/hadis-mengenai-uban-dalam-islam.html 

# petua elak uban
# rawat uban
# ubat uban
# hadis berkaitan uban

Monday 11 November 2013

penjagaan sutera dengan garam


Anda penggemar kain batik sutera? Cantik2 kain batik sutera ni. Kalau di Kelantan pergi saje ke pasar siti khadijah, syurga kain batik sutera, macam2 corak ada. Tempat lain sekitar Kelantan pun banyak cuma yang senangnya pergi saja ke tempat ni pasti jumpa yang berkenan di hati;). 

Batik sutera adalah antara kain yang sentiasa menjadi pilihan bagi penjawat awam untuk menjadikannya pakaian rasmi hari Khamis, ye tak? Digayakan dalam pelbagai bentuk kemeja, baju kurung mahupun baju kebaya.


Melihat kepada nilaian kainnya yang boleh mencecah ribuan ringgit pastinya kita kalau boleh nak jaga kain tu supaya tahan lama. Menang membeli, menang juga memakai. Setuju?

Dalam penjagaan sutera, rupanya garam pun memainkan peranannya. Bagaimana garam diperlukan dalam penjagaan sutera. Sama2 baca artikel ni;) sesuatu yang baru. Saya sendiri pun baru tahu. Belum amalkan lagi. Eh jap, sutera saya belum mencecah ribuan lagi, jadi dimaafkan;).

Semoga bermanfaat.




Tip Penjagaan Sutera


1. Sutera batik merupakan fabrik yang mahal dan bernilai. Ramai dikalangan kita menghabiskan ratusan bahkan ribuan ringgit untuk memilikinya. Jadi wajarlah bagi kita untuk menjaga fabrik sutera batik kita dengan baik.


2. Rekacorak sutera batik mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Batik yang baik terhasil dari ketelitian, kehalusan, pengwarnaan, cuaca dan seni tangan pelukisnya.

3. Sutera adalah sejenis fabrik halus yang sensitif dan mudah luntur (sinar suteranya) jika tidak dijaga dengan baik.

4. Pengwarnaan keatas sutera batik berlaku dengan penyerapan warna ke dalam serat-serat benangnya. Ia berbeza dengan fabrik cetakan biasa yang berlaku dengan kaedah sebaran.

5. Antara elemen penting yang perlu dititikberatkan semasa membasuh sutera batik adalah pH air, jenis sabun dan suhu air.

6. Elakkan merendam sutera batik terlalu lama didalam air. Ia boleh menyebabkan warna sutera tersebut cepat luntur. Tempoh masa yang terbaik adalalah 15-30 minit rendaman di dalam air suam (30-50 darjah C)

7. Elakkan penggunaan serbuk pencuci biasa (seperti yang terdapat dipasaran). Serbuk-serbuk pencuci ini adalah punca 'warna menjadi pudar dan luntur'. Sebagai alternatif, gunakan syampu bayi (3 sudu syampu : 1 baldi air).

8. Jika anda mengamalkan basuhan tangan, elakkan penggunaan berus. Berus akan merosakkan urat benang sutera yang sangat lembut.

9. Kotoran yang sangat degil mungkin mengecewakan pemakai sutera. Sedegil mana pun kotoran sutera nada, elakkan daripada mengguna peluntur. Agen peluntur akan mereputkan sutera, bahkan mungkin membocorkan terus sutera kesayangan anda.

10. Selepas membasuh, bilas sutera batik anda samada menggunakan air yang sedikit berasid mahupun sedikit beralkali. pH yang terbaik adalah sekitar 6 - 8 pH. pH air yang betul dapat memastikan sutera anda menjadi lembut dan bersinar.

11. Cuka dan limau adalah contoh-contoh sumber asid. Garam pula bersifat alkali. Ketiga-tiga bahan ini boleh digunakan untuk mengubah pH air bilasan. Nisbah yang baik adalah 1 sudu : 1 baldi air.

12. Sekarang terdapat alternatif yang lebih mudah untuk pengguna. Pelembut-pelembut kain dapat mengurangkan tugas bilasan ini untuk menjadikan sutera anda lebih lembut, bersinar dan menambah seri pada warna-warna batik.



13. Namun anda harus ingat bahawa fabrik sutera tidak boleh direndam terlalu lama di dalam air bilasan (samada mengandungi garam atau cuka atau pelembut biasa). 10 - 15 minit sudah memadai.

14. Setelah dibilas, keringkan fabrik sutera anda dengan menyidainya jauh dari pancaran matahari.


15. Elakkan daripada memerah fabrik sutera anda kerana ia akan memintal dan merosakkan aluran urat benang. Jika fabrik sutera anda perlu dikeringkan dengan cepat, masukkan ia di antara dua kain tuala, dan ditekan atau diramas.

16. Kelicinan menseterika fabrik sutera bergantung kepada kandungan kelembapan sewaktu fabrik tersebut digosok. Sewaktu menggosok, panaskan seterika terlebih dahulu mengikut suhu yang dikhaskan untuk kain sutera. Jika seterika tidak cukup panas, fabrik tidak akan menjadi licin, sebaliknya jika seterika terlalu panas, fabrik akan rosak dan berkedut.


17. Kelembapan yang ideal untuk diseterika adalah apabila fabrik yang dibasuh itu kering kira-kira 80%. Ini kebiasaannya mengambil masa kira-kira 2 jam selepas kain tersebut dibasuh.

18. Jika kain terlalu kering, renjiskan sedikit air pada fabrik sehingga ia menjadi lembap dan biarkannya selama 10 minit sebelum diseterika. Adalah lebih baik jika anda dapat memasukkan kain sutera anda ke dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum diseterika (menakjubkan bukan?) :)


19. Fabrik yang telah siap diseterika harus disimpan tergantung dengan penyangkut pakaian. Jika boleh, selubungkan ia dengan pembalut pakaian. Ia dapat menahan serangan serangga yang gemar hinggap pada benang sutera.

20. PANTANG : Benang sutera terhasil dari ulat sutera si dan ia mengandungi protein. Satu perkara yang tidak diketahui adalah fabrik sutera tidak boleh bersentuh dengan spirit atau alkohol. Ini bermakna minyak wangi mesti dielakkan daripada terkena secara terus dengan pakaian sutera. Anda dinasihatkan menyembur terlebih dahulu pewangi pada telapak tangan, dan sesudah kering barulah disapukan pada pakaian. Semburan pewangi terus ke atas fabrik sutera akan menjadikan ia berkedut. Dan sekali ia berkedut, ia tidak mungkin dapat diperbaiki kembali ke sifat asalnya.

(Sumber : http://aura-batique.blogspot.com/p/1.html?m=1)


# tip jaga sutera
# sutera batik kelantan
# sutera batik terengganu
# jual batik sutera

Sunday 10 November 2013

masin keringat ibu

Petang semalam, saya pergi ke klinik homeopati yang ada di segamat ni, di paya pulai--Dr Shiema. Saya lebih selesa dengan doktor perempuan, walaupun sebenarnya saya lebih hampir dengan homeopati utama di bandar putra, Dr Abu Naim. Ikutkan dekat Segamat ni ada 4 tempat klinik/doktor homeopati, setakat yang saya tahu.



Ini pertama kali saya mengunjungi klinik Dr Shiema di Paya Pulai ni. Sebelum ni dah pernah dapatkan rawatan dia tapi ketika tu dia menumpang di klinik lain. Saya pergi bersama keluarga, dalam pukul 5.30 macam tu. sampai je di klinik ni, di bahagian atas tingkat 1, rupanya dia berkongsi ruang dengan wakil herbalife. ok lah tu sama2 kesihatan;) dan waktu tu ramai orang perempuan. 



Rupanya setiap isnin waktu 5.30-6.30 ada majlis ilmu kat situ. Fokus peserta adalah untuk ibu2/surirumah menambah ilmu. Slot ketika itu dikendalikan seorang ustazah, untuk cek bacaan surah Fatihah kita. Menarik juga aktiviti sebegini, ye tak? Selalu kita hantar anak mengaji, inilah waktu kita nak mengaji pula belajar mengaji dengan guru. Bila lagi? 

Sambil tunggu giliran untuk rawatan, saya ikut serta majlis ni. Program santai. Boleh bawa anak2 tak ada masalah dan ianya percuma! Alhamdulillah, dah tahu dah kat mana nak lepak lepas ni;)

Orang Segamat untung

Untung sebenarnya orang bandar Segamat ni, ada kolej komuniti sampai dua, ada madrasah ibnu mas'ud, jumpa pula pusat aktiviti ibu ni...senang ibu2 nak isi masa lapang dan hujung minggu dengan ilmu, tinggal pilih je. Macam2 ada. Kolej komuniti bahagian jabatan pembelajaran sepanjang hayat pun rancak juga menjalankan kursus pendek untuk orang awam, banyak tawarkan kursus2 pendek seperti masakan, kecantikan, belajar IT dan macam2 lagi. Jadual setiap bulan keluar. Pilih kelas mana yang nak, tinggal hubungi pengurusan terbabit. Senang je. 

Madrasah ibnu mas'ud pun banyak kelas. pembelajaran macam pondok. memang ada sedia pondok moden pun dekat madrasah tu untuk disewa. Sungguh rugi kalau masih tak nak tambah ilmu. ;)

Sejak bergelar surirumah berijazah ni saya gemar mencari tempat2 begini untuk bergaul dengan masyarakat, boleh berkenalan dan mendalami ilmu2 bermanfaat. relax;)

ok, berbalik kisah di klinik homeopati tu,banyak2 benda, saya tertarik dengan hal penimbang magik tu. Dekat situ ada penimbang wakil herbalife tu punya. Dia offer saya timbang berat badan guna penimbang magik tu. Lupa pula nak ambil gambar;) penimbang tu bukan setakat boleh timbang berat badan, tapi boleh kesan tahap kolestrol,air dan kondisi badan kita. Juga boleh agak usia kita berdasarkan maklumat badan kita. macam scan kesihatan melalui tapak kaki la. Apa yang melucukan <ye ke lucu huhu> alat penimbang tu anggarkan usia saya adalah 48, waaaaaa sedangkan saya baru 30. Beza 18 tahun tu. Kesian diriku. Memang dah lama tak sempat nak manja2 dan belai2 tubuh badan sendiri macam waktu bujang dulu;p. Nak mula bagi alasan ni hehe..

Maksud penimbang tu, gambaran dalaman saya yang agak berusia, penat. Memang kurang sihat pun waktu tu sebab tu nak ikhtiar rawatan homeopati. Haha bagi alasan lagi tak nak ngaku tu lalala..



Ikutkan kita perempuan kalau dah kahwin, ada anak, macam saya menyusu badan lagi memang letih kan? Siapa stuju angkat tangan;) nak cerita pun susah. hanya Allah Maha Memahami. Itu pun Allah kurniakan saya seorang suami yang baik, banyak bantu saya. saya sering juga terbayang bagaimana agaknya bebanan isteri2 yang kurang bernasib baik, maksud saya mengurus rumahtangga dan anak2 sendirian. MasyaAllah. Semoga kalian mendapat keampunan atas kesabaran yang bukan senang tu huhu...Besar pahala jika disertakan niat kerana Allah.

Sebenar, mesin tu tak cakap pun saya dah tahu dan dapat rasa badan saya dah letih. Jadi mesin tu boleh percaya juga kikiki;)

Semoga Allah memberkati usaha kita semua. Penat bekerja dan menguruskan anak berbeza mengikut kondisi masing2, tapi yang pasti memang penat kan. Penat yang membahagiakan.

Alang2 hidup, biar hidup luarbiasa...
Alang2 wanita, biar jadi wanita yang mampu menggoncang dunia...

amacam? ;)

# susuibu
# homeopati Segamat
# herbalife Segamat
# belajar quran Segamat

Saturday 9 November 2013

bermain pasir masin

Pantai Telok Gong, Melaka

Ada sape2 pernah sampai di sini? Alhamdulillah, saya baru bersama keluarga meraikan hari keluarga untuk julung kalinya. Anak beradak je;) HSS-Siri 1. Baru nak mula. Perintis. Keluarga yang baru mencecah 16 orang. Mengharapkan keakraban keluarga paling dekat ini bertahan hingga ke siri ratusan, mungkin ribuan, ameen. insyaAllah. Semoga Allah merahmati keluarga kami. 


Dengan kehadiran belasan ahli keluarga ni, saya dan suami selaku penganjur pertama memilih lokasi ini memandangkan ia paling strategik untuk keluarga kami yang menetap sekitar Johor dan Cheras. Adil. Tengah2. Memandangkan program ni tercetus dan dirancang dalam masa kurang lebih 2 minggu sahaja. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan paling penting, best;) lagipun cuti tak panjang, cuti deepavali.




Ikutkan tak pernah ambil kisah pun pantai2 di Melaka. Atau dalam bahasa paling tepat , eh melaka ada pantai eh? Haha mestilah ada. Tak baca sejarah ke? ;p Almaklum, Johor pun banyak tempat menarik. Paling tak pun cari kat Pahang je. Tak sangka pantai Telok Gong, Melaka ni boleh tahan juga. Perjalanan yang hanya mengambil masa 2 jam dari Segamat. Dekat je rupanya ;).




Cadangan awal nak menetap di homestay tepi pantai. Tapi apakan daya semua homestay berhampiran semua sudah penuh ditempah sempena cuti deepavali dan maal hijrah 1435h. Semua chalet tu maksudnya yang kami jumpai di internet je. Rupa2 bila pergi sana, mak aiii banyak berderet je homestay mahupun chalet. Semua atas nasib la dapat yang macamana. Untung siapa yang dekat boleh survey tgk dulu.





ni la rumah yang tepi pantai yang sebenar kami nak tapi dah ada orang...
tempat bbq disediakan

Kami pilih satu chalet ni namanya Gong Homestay. Mula2 telefon tuan rumah ni, pakcik Hamdan namanya, untuk dapatkan rumah 3 biliknya di tepi pantai, sekali rumah tu dah ditempah, pakcik ni tawarkan rumah dia satu lagi, masa tengah berurusan tu tak ada gambar nak bayangkan lokasi dan keadaan rumah yang pakcik ni cakap, dia nyatakan seberang jalan besar dari rumah pertama yang saya berkenan tu je. Fikir2 dah kesuntukan masa, risau nnt hari keluarga kami nak buat kat mna, jadi terus terima. Rumah tu berderet tiga, 1 rumah 3 bilik, 2 lagi rumah 2 bilik. Jadi saya pilih 2 rumah sebelah menyebelah untuk kami nanti. Pilihan kami rumah 3 bilik dan rumah 2 bilik.

Rumah pakcik ni memang cantik bersih, ada peti sejuk, tempat masak, tempat bbq kalau nak. Boleh kata selesa. Sesiapa nak mencari chalet saya cadangkan tempat ni cuma nak ke pantai kena menapak sikit la. Anggap je senaman;) bila lg? Memang seberang jalan cuma rumah tu jauh ke dalam, kira lamannya sangat luas, jadi kira jauh la dengan jalan besar tu, tapi memang nampak jalan. Lepas seberang jalan baru nampak pantai. 



Pantai ni agak curam, tak mendatar luas tempat pasirnya. Maksudnya, kita duduk main pasir dah dekat air pantai. Haha boleh faham ke? dan pantai ni ramai juga orang memancing, banyak ikan agaknya pantai ni. Tak perasan diorang dapat ikan apa sebab sibuk duk main pasir pantai yang masin tu dengan permainan khas buat macam2 bentuk haiwan, konon2 temankan anak main, tapi nampak gaya mak bapaknya yang lebih. Al maklum dulu mana ada mainan ni ;)

Lepas tu apalagi kami terjun, mandi pantai. Alhamdulillah. Nikmat mandi pantai. Best juga woooo.

Ni no pakcik Hamdan untuk sesiapa yang berminat;)

Gong Homestay, En Hamdan, no tel 013-368 9671, 
boleh juga rujuk ini 

--http://chaletpengkalanbalak.blogspot.com/2010/02/gong-chalet-melaka.html#.Un34QXCmbKg
--http://gongchaletmelaka.blogspot.com/2010/05/gong-chalet-pengkalan-balak-melaka.html

(cuma nampak gaya blog ni belum update 3 lagi homestay/rumah baru ni...)

# tempat menarik Melaka
# pantai Melaka 2013
# pantai telok gong Melaka
# cuti-cuti Malaysia