Entah macamana tahun ni eiduladha lain macam sikit rasanya. Lain macamana? Korban banyak ekor ke? Bukan. Rasa penghayatannya kali ni agak istimewa. Mendapat tempat di jiwa ni. Alangkah ruginya saya setelah 30 tahun Allah bagi nikmat hidup baru kali ni rasa betul2 syok, meleleh air liur dengan nikmat hikmah berkorban.
MasyaAllah, ini juga dinamakan nikmat kan, Allahu akbar. Alhamdulillah. Berapa ramai lagi yang masih berkorban tapi tak merasa apa2 selain beban kos korban? Meh sini kita cite2 masinnya korban.
Setiapkali menjelang eiduladha, setiap kali tiba raya korban, mulalah terbayang di benak ni.
tapi senyum je kambing ni;)
Tapi kini erti pengorbanan lebih jelas.
Korban melibatkan 2nabi kita yang termasuk di dalam antara 25nabi yang mesti kita yakini iaitu nabi ibrahim dan nabi ismail a.s. Dan dari susur galur 2nabi inilah bersambungnya keturunan nabi terakhir kita nabi muhammad saw. Itu pokok pertama yqng membuat korban tu lebih jelas. Sebabkan kita sayang nabi dan nabi melakukan korban maka kita patut contohi. Tanpa was2.
Faktor kedua, usia nabi Ismail a.s. ketika diarahkan menjadi korban adalah dalam lingkungan 15 tahun, dan nabi ismail a.s. adalah harta yang sangat diidamkan dan dihargai oleh nabi ibrahim a.s. maka tuntutan Allah untuk melakukan korban dipatuhi oleh keduanya a.s. tanpa banyak alasan menunjukkan keyakinan mereka pada Allah pada tahap luarbiasa. Beriman sepenuh hati. Usia bukan penghalang untuk mematuhi perintah Allah. Hebat pasangan ayah dan anak yang diredhai Allah ini.
Faktor ketiga, alangkah lebih terkesan jika binatang yang akan kita korbankan itu kita bela dulu dalam beberapa hari untuk menimbulkan rasa kasih pada binatang yang akan dikorbankan itu dan tiba saatnya kita korbankan ia, amacam? Mesti rasa lain macam kan? Paling tidak menitis air mata sikit;) sikit je, jangan meraung.
Antara cara nak merasakan peritnya nak berpisah dengan kesayangan kita. Menjiwai erti pengorbanan datuk moyang kita Nabi Ibrahim a.s. Dan teknik ini rupanya dah lama dipraktikkan di tanah arab sana. Sian diriku ni baru tahu huhu....tu la dulu sibuk kalau korban je nampak dagiiiiiiiiiiiiiiiiing je.
Faktor keempat, punyalah banyak kelebihan berkorban sehingga setiap perlakuan kita dalam proses menjadikan binatang korban kita jadi daging korban menjadi ibadah, memang super hebat. Sembang2 dengan taukeh lembu kita pun dikira ibadah. Sale! tawaran pahala dari Allah. Mengapa dibiarkan?
Kita perasan tak bulan korban itu berlaku pada bulan zulhijjah, bulan haji iaitu hujung tahun hijrah....bulan 12! Ya, ujung tahun. Bermakna kita ada 11bulan lebih untuk rancang dan kumpul dana korban kita untuk tahun itu....jadi nak 1 bahagian lembu untuk dikorbankan dalam anggaran harga RM450 bukanlah besar, bahagi 11bulan lebih kurang perlu simpan atau menabung korban RM40.90 je sebulan. Aduuuuhh ruginya saya tak nampak benda ni dari mula dulu...
Malah jika dirancang teliti seekor lembu / beberapa ekor kambing pun kita boleh! Dan afdhalnya pastilah kambing! Haa jgn main2 dengan kambing. Banyak keistimewaannya. Bahagia seekor kambing;) yang dikasihi Rasulullah saw!
selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad saw.
# hari raya korban
# hikmah aidiladha
# perancangan binatang korban
# kambing korban
# hari raya korban
# hikmah aidiladha
# perancangan binatang korban
# kambing korban
No comments:
Post a Comment