Perasan tak bila masa mata kita boleh menangis, bila waktu mata kita boleh berair?
- masa ketawa terbahak2
- Sakit sangat
- Terharu
- Rasa sesal, insaf...
- Hati sayu
- Berita sangat menggembirakan
- Sedih, sudah pasti.
- Masa kupas bawang;)
- Termasuk bendasing/habuk kat mata.
- menangis, antara komunikasi yang sering digunapakai oleh bayi;) siap ada kajian, rentak tangisan bayi tu boleh dibaca. masa lapar, masa akit, masa mengantuk semuanya berbeza! hebat...
tapi kenapa air mata kita masin?
ini antara fakta yang diketemui, sumber : billyinfo.blogspot.com
Air mata berasa masin kerana memang kandungannya yang meliputi leusinenkefalin, adrenokortikotropik, dan prolaktin serta beberapa elektrolit, protein pengikat lemak dan Imunoglobulin A yang keseluruhannya menghasilkan rasa masin.
Di mana fungsi utama dari keseluruhannya ialah menjaga kondisi mata agar tetap stabil.
Protein pengikat lemak itu sendiri membuat lapisan terluar yang terdiri dari lapisan lemak yang fungsinya melindungi kelembaban mata supaya tetap stabil.
haa, jangan main2...air mata yang menitis keluar dari mata tu pun ada faedahnya...ADA MANFAAT!
Betul lah yang tiada apa pun yang terjadi di dunia ni sia2...Subhanallah.
Antara kelebihan air mata, sumber : http://fuh.my/7-kelebihan-air-mata-yang-mungkin-kita-tidak-pernah-tahu/
7 Kelebihan Air Mata Yang Mungkin Kita Tidak Pernah Tahu
Siapa kata menangis tak itu ada gunanya? Sememangnya menangis terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah anggap bahawa menangis dan mengeluarkan air mata itu tidak ada faedah disebaliknya, ternyata kajian mendapati bahawa menangis dapat menjadi penawar kepada kesihatan tubuh badan dan fikiran kita. Jom baca keajaiban dan faedah air mata yang tidak diketahui oleh kita selama ini seperti yang berikut :
1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.
5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.
# kelebihan air mata
# ubat mata
# kelebihan air mata
# ubat mata
No comments:
Post a Comment