Tappppp! Ayat ni menyentap jiwa saya. Jantung saya berdegup laju....................
Masakan saya boleh tak perasan dan lupa bahawa saya punya anak2 kecil, mereka adalah anugerah Allah yang amat berharga. Bukan lupa ada anak ;p bab ni tak pernah lupa. Yang saya tak perasan tu budak2 ni punya mulut masin!----yang mana percakapan mereka adalah doa terbaik buat kita yang dah banyak dosa. Mana lagi yang tak nak bersyukur? Alhamdulillah. Allah izinkan peluang tu buat saya. Tak akan siakan peluang ini. Terima kasih Allah.
Syukur kepada Allah, saya dah dianugerahkan bukan seorang, malah tiga orang budak yang bermulut masin! Alhamdulillah. Setiap hari pasti saya ingatkan mereka supaya doakan impian ummi nak ke Baitullah, juga doakan saudara2 kita yang sedang dizalimi di Palestin dan di mana saja di muka bumi ni...selamatkan al Aqsa!
Mereka pasti akan mendoakan, ajar ayat mudah2, ayat pendek budak2 ;)
Kadang2 ada juga bila lupa mereka doakan tanpa diminta. yang paling best bila didoakan di waktu hujan, hujan kan waktu mustajab doa. Semoga mujarab! Masin pekat likat!
"Ya Allah kami nak pegi Mekah..."
"Ya Allah tolong kawan2 kami..."
"Ya Allah selamatkan masjid kami..."
Bila dengar je, sama2 lah ameen kan;) ameeeeeeeeeeenn.
Semoga doa ni dimakbulkan Allah. In Syaa Allah.
----teringin tahap mengidam dah ni, nak pegi mekah! dan juga nak sangat ziarah makam nabi saw dan para sahabat yang diredhai Allah. Semoga peluang tu diizinkan Allah. Ameen.
Rugi siapa sia2 kan air mulut masin anak2 kecil kita kerana mereka lah gambaran ahli syurga di dunia. Betul tak? Ahli syurga hidupnya......
Mereka sentiasa gembira ceria..
Mereka riang ria tiada masalah...
Mereka tidak mengata mengumpat...
Mereka berada di alam mereka yang indah...
Sepatut kita pun macam tu tak? tak rasa
Tapi selalu bila dah besar, meningkat usia dah macam2 input dapat, paling tak best bila input negatif maka output pun negatif----->>Hati jadi kotor ;(
"Ya Allah Engkau ampunkanlah dosa2 ku, dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil"
Mulut masin budak2 adalah anugerah. Syukuri nikmat ni. Rugiiiii jika dibiarkan kerana mereka sedang memberi manfaat....MasyaAllah.
"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain"- riwayat Bukhari
Rasulullah sayang anak2 kecil. Malah setiap kali bersalam pasti baginda akan mengucup tangan anak2 kecil. Mari kita amalkan semula sunnah Nabi saw ---»menghargai si ahli syurga!
# ahli syurga
# pendidikan anak
No comments:
Post a Comment