Selalu bila sebut je masin mulut pasti ramai yang mendefinisikan yang masin mulut tu adalah ....
"kata2 yang keluar dari mulut seseorang dan kemudiannya hal yang disebut/diucapkan itu benar2 berlaku"
maka itulah masin mulut.
ini kisah mulut masin versi amacam?
Jarang berpeluang balik kelantan, menyebabkan setiapkali berpeluang ziarah ibu yang saya panggil 'mek' di kelantan, pasti direncanakan dengan pelbagai aktiviti agar kembalinya saya di kelantan untuk seketika lebih bererti/diisi dengan manfaat..
Malam ni kami isi masa dengan menghadiri satu majlis ilmu yang saya kira sangat unik dan belum pernah jumpa sepanjang saya berada di johor hampir 13 tahun. Program yang bernama 'sembang politik' diisi dengan pelbagai idea /pandangan/pendapat dari pelbagai lapisan masyarakat dan usia, dari ideologi politik yang pelbagai, dari perwakilan persatuan yang pelbagai seperti persatuan bola keranjang Kelantan dan macam2 lagi.... isu yang dibincangkan adalah berkaitan politik semasa Kelantan yang baru sahaja bertukar kepimpinan baru,lebih kurang 5 bulan selepas era tok guru berpindah kepada pimpinan baru, di mana halatuju pimpinan baru nak bawa Kelantan?
Bukan untuk mencari salah sesiapa cuma sebagai wadah koreksi dan muhasabah langkah pentadbiran ke arah lebih baik. Saya kira program sebegini sepatut menjadi trend kepada perkembangan politik Malaysia ke arah merealisasilan demokrasi negara yang betul2 matang.
Isu pokok yang dapat saya kenalpasti adalah dari segi 'masin mulut' para pemerintah/pentadbir/orang atasan kepada pihak rakyat/orang bawahan /tanggungannya. Apasaja kata/slogan/janji yang telah dilontarkan seharusnya dilangsungkan, paling tidak berlaku tindakan ke arah pelaksanaan dengan idea yang ada hitamputihnya agar menjadi realiti. Senang cite masin mulut di sini adalah 'cakap serupa bikin'! Janji mesti ditepati! Teori perlu disusuli praktikali!
Bukankah ini sebenarnya ajaran Islam. Masin mulut adalah sangat bertepatan dengan perintah Allah. Malah Allah murka pada orang yang mulut tawar! Mulut manis sahaja pun tak guna, mesti masin baru menjadi!
Cakap saja buat tak?
Melalui program santai yang berlangsung di dalam dewan yang damai di hotel raudhah, kota bharu....penuh harmoni sangat mengujakan. Rupanya orang mulut masin ni cukup menunjukkan akhlaknya yang indah. Cakap serupa bikin. Buat apa yang diungkapkan. Kan indah macam tu....Kan seronok macam tu...
Patutlah Allah marah sangat kalau mulut tawar! Sebab boleh mewujudkan persepsi teruk pada individu atau organisasi terbabit...Rujuk surah as Sof.
Mulut tawar boleh membahayakan malah mencacatkan gambaran muslim soleh.
Hebat Islam!
Jadi bersukurlah pada yang dah mulut masin sebab selamat dari dipersoal di akhirat nanti. Masya Allah!
# mulut masin
# bahaya mulut celupar
# mulut masin
# bahaya mulut celupar
No comments:
Post a Comment