Friday, 18 October 2013

petua kurangkan masin masakan

Teringat masa sekolah rendah dulu, dalam darjah 5 camtu...masa tu saya tinggal dengan makcik di Kelantan manakala ibu ayah saya masih ada kontrak kerja di negara Brunei Darussalam. Alhamdulillah negara yang hanya ada 4 buah daerah. Bukan negeri;) boleh bayang sebuah negara yang ada 4 daerah je: temburong-bandar seri begawan-tutong-belait. Sedari kecil saya memang menetap di sana, dan setiapkali sampai usia nak menghadapi upsr ibu ayah akan hantar kami balik malaysia. Persepsi orang dulu kalau tak ada upsr habislah. Nak sekolah menengah pun susah. Memang trend lah boleh katakan ibu bapa Malaysia yang apabila usia anak mereka nak menjengah 12 tahun siap sedialah untuk berpisah dengan keluarga.

Jadi, dipendekkan cerita, saya anak ketiga, terpaksalah berjauhan dari keluarga yang masih menetap di Brunei Darussalam ketika itu, bersama kakak dan abang yang lebih dulu berada di Malaysia. Keluarga saya dari golongan sederhana, perhubungan kami waktu tu hanya melalui surat dan telefon. Tak pandai nak emel, apatah lagi online huhu. Jumpa hanya 1 tahun sekali. Boleh bayang, rindunya saya pada keluarga;( sehingga pernah ketika itu saya bertekad apabila saya besar nanti saya tak kan berpisah dengan anak saya sebelum mereka bersekolah paling tidak pmr insyaAllah. 



Alkisahnya, dek kerana lama tak jumpa ibu ayah yang ketika itu pulang ke Malaysia, kami pergila jalan2 dan waktu tu ayah saya (semoga Allah memberkati arwah ayoh) belilah siput. Nak makan siput sedut. Balik je rumah mak saya teruslah bergotong royong dengan nenek dan makcik saya untuk makan malam termasuklah hidangan siput sedut masak lemak versi kelantan la;)

Saya yang waktu tu sangat teruja nak makan besar bersama keluarga teruslah join gotong royong masak di dapur. Bukan pandai pun. Tolong kupas bawang, cuci pinggan...dan kerja2 masak sesuai untuk usia 11 tahun.
Dalam tengah kemas2 dapur, siput sedut masak lemak tengah dibiarkan mendidih...mak saya yang seronok berborak dengan adiknya pun minta saya masukkan garam sebagai langkah terakhir, nak siap dah tu;)

Berapa sudu? Tanya saya. Mak saya jawab dalam dua sudu camtu lah. Lebih kurang. Ok. Tanpa ragu2, penuh yakin, dengan senyuman lebar, lupa pula nak tanya dulu untuk pengesahan, saya pun masukkan betul ikut sukatan penuh membukit, 2 sudu besar garam! Haaah ambik kau, masin sampai ke kulit siput tu, memang hilang terus rasa rencah2 yang pelbagai tu. Hanya ada satu rasa yang kuat, sangat masinnnnnn;p

Maka bermulalah episod bebelan yang panjaaaaaaaang. Kecik hati ni Allah sahaja yang tahu. Lalu ku bawa diri ini ke bilik dan bermulalah episod air mata;) boikot tak makan malam tu sampai pagi esok sarapan awal sikit, lapar!

Masa tu dah tak ingat nak cari petua, memang buang ke tanah, bagi ayam je makan hehe ntah ayam makan tak;)
Rupa2nya ada petua kurangkan masin. Baru ku tahu...
Kalaulah.....(tak baik nak berkalau-kalau lagi, benda dah takdir)

Ni antara petua yang dikongsi oleh beberapa orang, Cara nak kurangkan masin masakan. Tapi tak pernah cuba lagi sebab masak dah tak masin pun. Tawar adalah.
  • Guna kentang, masukkan dalam masakan dan masak bersama. Kentang tu akan berfungsi serap garam2 tu. Hebat!
  • Masukkan daun pisang yang bersih. Fungsi sama dengan kentang tu.
  • Tambahla kuah biar jadi banyak nanti ok la hehe...bleh ke?
  • Yang ni best, set kan minda yang benda tu tak masin. Ok jewww;) boleh ke boleh? Ni boleh praktik bagi yang mahir ilmu bercakap dengan saraf. Dia je tak masin, orang lain rasa masin tahap gaban!
Ok lah. Harap dapat membantu.
Elak sebelum parah.
Nanti kena marah ! ;)

# petua kurangkan masin

No comments:

Post a Comment