Thursday, 31 October 2013

garam masin dalam gula

Garam bukit kristal telah ditambah di dalam produk ni. osem! ;) sebagai pengawet semulajadi...

Gula Perang Infrasonik



Gula Tebu Perang terpilih dirakamkan dengan tenaga infrasonik khusus untuk membantu mengimbangi kerja-kerja pencernaan pada sistem tubuh.

Mengandungi mineral Potassium, Kalsium, Sodium dan Phosphorus secara serentak dengan sukrosa, mineral inilah yang membantu agar tubuh dapat mengenalpasti kehadiran gula dalam badan dan gula ini sepenuhnya dapat digunakan secara manfaat oleh sistem tubuh tanpa berlebihan. 

Sebaliknya Gula Putih adalah gula yang telah dibuang semua mineral tersebut yang tinggal hanya sukrosa semata-mata, malah lebih memberikan kesan mudarat lagi apabila semasa proses membuang mineral tadi digunakan bahan kimia yang merbahaya dan ditambahkan dengan pemanis tiruan untuk meningkatkan kuantiti gula supaya ianya mempunyai nilai komersial. 

Hakikat gula putih adalah gula tiruan sebaliknya Gula Perang Kristal adalah gula asli.

Manfaat:

Membantu meningkatkan aktiviti pencernaan tanpa bebanan serta memberikan tenaga segera untuk aktiviti fizikal semasa

Aplikasi Umum:

Digunakan sebagai pemanis minuman dan makanan seharian, juga boleh ditambahkan pada masakan sebagai bahan penambah rasa mengganti penggunaan MSG dan sebagainya.

siapa mahu cuba, angkat tangan! @_*

# makanan sunnah
# gula perang
# gula pesakit kencing manis

Wednesday, 30 October 2013

kenali bentuk garam masin

bila sudah jatuh hati, masakan tahu nama saja, pasti ingin mengenali wataknya, rupanya, sifatnya, manfaatnya, baru betul2 suka! suka tak? suka tak? suka tak? mestilah suka;) 

secara asasnya, garam dibahagi kepada 2:
  1. sebelum disaring
  2. setelah disaring

Garam sebelum disaring

Garam-garam semulajadi yang berbeza mempunyai kandungan mineral yang berbeza, memberikan rasa yang unik. Garam semulajadi laut dituai dengan tangan, mempunyai rasa yang unik berbeza dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Beberapa pihak mendakwa garam laut yang belum disaring mempunyai lebih khasiat daripada yang disaring. Walau bagaimanapun, ada beberapa pihak mendakwa garam laut atau batu tidak mempunyai garam iodin yang cukup untuk mencegah penyakit-penyakit kekurangan zat seperti beguk.

Garam setelah disaring

Garam yang telah disaring, di mana ia selalu dipakai pada masa kini, kebanyakkan ialah merupakan garam daripada jenis natrium klorida. Hanya 7% garam yang telah disaring dijadikan sebagai bahan perasa. Kebanyakannya dijual untuk kegunaan industri daripada pembuatan pulpa dan kertas hingga kepada bahan pewarna untuk tekstil dan fabrik, pembuatan sabun dan bahan pencuci. Ia juga mempunyai nilai komersil yang amat tinggi.

Pembuatan dan penggunaannya merupakan antara penggunaan bahan kimia tertua. Garam juga boleh didapati daripada air laut, kebiasaannya di kawasan yang agak cetek dan menerima cahaya matahari. Garam yang didapati daripada cara ini juga dikenali sebagai garam teluk, namun ia lebih dikenali sebagai garam laut ataupun garam solar. Kini, kebanyakan garam yang disaring disediakan daripada garam batu: deposit mineral yang boleh dimakan. Garam-garam batu ini terbentuk dari kawasan-kawasan tasik lama yang telah tersejat. Deposit-deposit ini mungkin digali ataupun melalui penurasan air. Penurasan air menghancurkan garam dan larutan itu akan dipam ke permukaan di mana garam akan dipungut. 

Selepas garam mentah diperolehi, ia kemudiannya disaring untuk membersihkannya dan memperelokkan lagi kualiti dan cirinya.Penyaringan juga biasanya melibatkan pemprosesan penghabluran semula. Dalam proses penghabluran, larutan garam itu akan dikenakan bahan kimia yang mengasingkan bahan-bahan asing (kebanyakkanya magnesium dan garam kalsium). Beberapa fasa penyejatan juga digunakan untuk mendapatkan kristal natrium klorida yang asli yang kemudiannya dikeringkan. 

Bahan anti penggumpalan (dan kalium iodida, untuk garam iodin) kebiasaannya ditambah pada masa ini. Bahan ini merupakan bahan kimia hygroscopic yang menyerap kelembapan, dan juga mengelakkan hablur-hablur garam daripada melekat antara satu sama lain. Sesetengah bahan anti penggumpalan adalah seperti trikalsium fosfat, kalsium ataupun magnesium karbonat, asid lemak garam (garam asid), magnesium oksida, silikon dioksida, natrium alumino-silikat, and alumino-kalsium silikat. Banyak perhatian telah diambil disebabkan kemungkinan kesan-kesan toksik kesan dari aluminium di dalam dua kompaun, namun kedua-dua Kesatuan Eropah dan Persatuan Pemakanan Amerika Syarikat membenarkan penggunaannya dalam kadar terkawal. Garam yang telah disaring akhirnya sedia untuk dipaketkan dan diguna untuk tujuan komersial.


-->> nampak tak betapa banyaknya bahan tambahan dimasukkan ke dalam proses penyaringan garam untuk menghasilkan garam yang didakwa putih suci, halal, tapi yang pasti belum tentu toyyibah! (geleng kepala).

# apa itu garam
# maksud garam


sejarah garam masin

sejujurnya, saya tak pernah terlintas sebelum ni nak kaji atau baca berkaitan sejarah garam masin ni. malah tak ada perasaan langsung. terdetik di hati pun tak ada. tapi sejak mutakhir ni, sangat suka dengan garam. atau dalam bahasa lain, makin kagum dengan kebesaran Allah mencipta makhluk bernama garam! sungguh istimewa! baru nak bersyukur dengan adanya garam, masyaAllah. Alhamdulillah. Masih belum terlambat...

jom sama2 kita susuri hidup sejenis makhluk Allah bernama garam....



Garam atau juga dikenali sebagai garam makan terdapat dalam bentuk garam halus atau garam kasar merupakan satu mineral, hanya satu-satunya batuan yang boleh dimakan oleh manusia.
Terdapat pelbagai bentuk garam makan: garam kasar, garam halus, garam beriodin. Ia terdapat dalam bentuk pepejal kristal, bewarna putih, merah jambu lembut, atau kelabu pucat, yang di dapati dari air laut atau simpanan batu (rock deposits). Garam laut diedarkan dalam bentuk kasar atau halus. Secara semula jadi, ia merangkumi bukan hanya natrium klorida, tetapi juga galian seni penting yang lain. Batu garam makan mungkin bewarna kelabu pucat disebabkan kandungan mineral.
Garam diperlukan bagi semua benda hidup untuk terus hidup, termasuk manusia. Garam terbabit dalam mengawal kandungan air (imbangan cecair) dalam badan. Perasa garam merupakan salah satu daripada rasa asas. Dalam penyediaan makanan, garam digunakan sebagai pengawet dan sebagai perisa.

Garam milik bangsawan
Sifat pengawetan garam merupakan asas tamadun. Ia membolehkan manusia berhenti bergantung kepada adanya makanan bergantung kepada musim, membolehkan pengembaraan jarak jauh, dan merupakan bahan tambahan yang penting. Walau bagaimanapun, garam sukar diperoleh, maka ia menjadi barang dagang yang tinggi nilainya. Sehingga zaman 1900-an, garam merupakan salah satu penggerak utama ekonomi nasional dan peperangan. Garam hampir sentiasa dikenakan cukai. Penyelidikan telah menemui bahawa amalan ini telah wujud seawal abad ke-20 sebelum Masihi di negara China.
Dalam kerajaan Mali, pedagang di abad ke-12 Timbuktu—pintu masuk gurun Sahara dan kerusi sarjana— menghargai garam sehingga rela membelinya untuk harga beratnya bersamaan harga emas; perdagangan ini membawa kepada lagenda kota Timbuktu yang kaya, dan mendorong inflasi di Eropah, yang mengeksport garam.

Kandungan garam makan 
Garam makan merupakan garam yang telah disaring dan hampir asli (95% ataupun lebih) Natrium Klorida. Natrium adalah salah satu primer elektrolit di dalam badan. Ketiga-tiga elektrolit (natrium, kalium dan kalsium) terdapat di dalam garam yang belum disaring, seperti yang lain yang juga penting untuk badan untuk menjalankan proses pada kadar yang optimum. 


Garam makan kebiasaannya mengandungi bahan yang mengelakkannya dari bergumpal. Ia merupakan perbuatan biasa bagi meletakkan beberapa butir beras di atas bekas garam untuk menyerap lebih banyak kelembapan apabila bahan anti penggumpalan tidak mencukupi. Garam makan juga biasannya diiodinkan; sejumlah kalium iodida ditambah sebagai bahan diet sampingan. Garam makan biasanya digunakan untuk memasak dan juga sebagai bahan perasa yang diletakkan di atas meja. Garam teriodin amat sesuai untuk mengurangkan kadar kekurangan iodin di negara asal penggunaannya. Iodin adalah amat penting untuk mengelakkan kekurangan penghasilan hormon tiroid (hypothairoidisme), yang menyebabkan goitre, cretinisme pada kanak-kanak dan myxedema pada orang dewasa. Garam makan kini digunakan di seluruh dunia.

itu baru tahu sikit2 perihal garam. dan satu yang dapat disimpul mudah adalah Allah yang Maha Pengasih, mencipta manusia juga disertakan lengkap dengan apa yang diperlukan manusia. Allahuakbar. Alhamdulillah.

Monday, 28 October 2013

peribahasa garam masin versi indonesia

Asam di gunung garam di laut, bertemu dalam satu belanga,

maksud: jodoh seseorang bisa saja berasal dari tempat yang jauh, tetapi bertemu juga. Peribahasa ini juga menghibur hati orang yang belum berjodoh untuk tidak patah semangat. 

Manakala yang biasa kita gunapakai....

Asam di darat ikan di laut, dalam periuk bertemu juga, 

maksud : perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. 

--->>Pendek cerita, lebihkurang sama je. kita serumpun. adikberadik lain mak, lain bapak;)
---->>info asam gelugor 

Nama Botani Garcinia Cambogia - Buah Asam Gelugur

Garcinia atroviridis / Garcinia Cambogia, juga dikenali sebagai Asam Gelugur, asam gelugo, atau asam keping dalam bahasa Malaysia, 


Jenis ini tumbuh liar dikebanyakan tempat di Malaysia dan banyak di petik disebelah Utara Semenanjung Malaysia sebagai sumber ekonomi dan nilai perubatan. 

masin ada di dalam al Quran

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


1. "Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." 
(Al Furqan:53)


2. Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka yang musyrik itu) tidak mengetahui. 
(An Naml:61)





3. Dia membiarkan dua laut (masin) mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu. 
Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing  
(Ar Rahman : 19-20)



Luar biasa, pemandangan selat Gibraltar yang memiliki dua warna air sungguh menakjubkan.

(sumber : http://gsumariyono.wordpress.com/2009/05/22/selat-gibraltar-1-pertemuan-dua-jenis-air-laut-yang-berbeda/) 

Masin di dalam al Quran 

Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Beliau menghabiskan kebanyakan hidupnya dengan menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton oleh seluruh dunia. 


Ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding yang membatasi keduanya. 

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansinya ketika menyelam. Masa terus berlalu,  setelah kejadian tersebut, namun Mr. Costeau tak pernah jemu mendapatkan jawapan berkaitan fenomena ganjil itu. 

Ketika terdengar ayat-ayat Al Quran itu, dia terpegun kagum, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam itu. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman di saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.



Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah mutlak benar. Lantas, dia pun memeluk Islam. Kembali ke fitrah. 
(sumber : http://www.mohamadazhan.com/2011/08/kisah-air-masin-dan-air-tawar-di-dalam.html)


Sungai di bawah lautan? 


Jom sama2 tonton video ni : - http://www.youtube.com/watch?v=iRJ_0Rj6byw


Mr Jacques Yves Costeau, seorang ahli kelautan yang bekerja untuk Discovery Channel, baru saja menemukan fenomena ini di bawah laut di Cenota Angelita, Mexico, ketika ia menyelam. Pada awalnya, dia menemukan sekelompok air tawar di tengah air garam. Saat ia terus menyelam lebih dalam, ia melihat pemandangan yang luar biasa: Sebuah sungai!

Sungai dilengkapi dengan daun dan pohon. Peneliti mengatakan bahwa itu adalah Hidrogen Sulfida lapisan, tapi itu benar-benar terlihat seperti sungai, kan?
Tapi ada sebuah pertanyaan besar di sini. Air di atas 'sungai' di permukaan laut yang segar, meskipun di tempat yang sama dengan air garam di tengah lautan. Bagaimana itu boleh terjadi?


# kehebatan al Quran
# laut dalam quran





Sunday, 27 October 2013

peribahasa masin garam, best juga

Jumpa blog berkaitan peribahasa yang menggunakan perkataan garam, best juga. Tapi ada di antaranya saya pertama kali dengar. (Geleng kepala) -->> betul2 tak tahu dan tak pernah tahu!  Jom perkaya bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa. 



sumber : http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/10/peribahasa-melayu-menggunakan-perkataan.html

PERIBAHASA 1
Banyak makan garam 
MAKSUD
Banyak pengalaman

PERIBAHASA 2
Garam dikulum tidak hancur
MAKSUD
Seseorang yang pintar menyimpan rahsia

PERIBAHASA 3
Garam jatuh di air
MAKSUD
Mudah mengingati atau mamahami (ajaran, nasihat)

PERIBAHASA 4
Garam tumpah, apakah tempatnya
MAKSUD
Kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan

PERIBAHASA 5
Dicecah orang bagai garam
MAKSUD
Perempuan yang tidak kekal lama bersuami, lalu bercerai

PERIBAHASA 6
Membuang garam ke laut
MAKSUD
Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah

PERIBAHASA 7
Sebagai garam dengan asam
MAKSUD
Sudah padan benar (sangat serasi)

PERIBAHASA 8
Sayang garam sececah, busuk kerbau seekor
MAKSUD
Takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian yang banyak

PERIBAHASA 9
Sudah seasam segaramnya
MAKSUD
Tiada bercela




ekzema dengan masin garam

Ekzema tu apa?

Ikut definisi Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.


Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Banyak ubat ekzema berada di pasaran. Ada yang berminyak, ada jenis bedak, paling banyak dalam bentuk krim. Apa rasanya? Mana ku tahu! Ko la rasa dulu;p yang pastinya selalu ubat ekzema dinyatakan adalah racun.

Anak saya ada yang menghidap sakit ni. Dari bayi lagi kulitnya cukup sensitif. Cepat naik ruam. Kat pipi, celah lengan dan kaki. Tempat2 senang berpeluh. Kadang2 kesian tengok dia tidur pun sibuk menggaru sana sini dengan mata masih tutup. Garu masa tidur;) kadang2 kuat sangat garu jadi luka. Orang jawa panggil garu--»garuk ye. Hoho ok. Mula belajar sikit2 bahasa jawa jiwa bangsa suamiku;)

Macam2 dah cuba, boleh katakan habis segala krim, losyen, sapuan, bedak dicuba....masih tetap sama. Tak bertahan lama. Masih garu, garu dan garu. Kalau tersilap makan telur, ayam, makanan laut tak usah cerita....kesian tengoknya. Tak bagi garu pun, nanti dia garu juga sembunyi2. Kejam pula fikir kadang2 tu. Yelah orang gatal diminta tahan. Sabar! Haha cuba kita. Ayoooo...

Ada juga saranan minta sapu garam. Yela masin garam kan boleh hilangkan gatal. Tapi leceh juga nak sapu garam macam tu. Haa tu la manusia semua nak cepat je. Dah tugas kita manusia ni ikhtiar rawatan dan buat. Penyembuh mutlak hanya Allah. Allah saja yang boleh sembuhkan. Jangan sibuk kerja Allah, buat kerja manusia. Tahu dah. Cuma nak kena belajar lagi bersabar dengan rawatan. Terus ikhtiar pasti bertemu kejayaan;)

Nak jadi cerita, saya dikenalkan dengan sabun garam. Alhamdulillah.rupanya dah wujud sabun garam ni dah lama. Kan senang garam masin dah dijadikan sabun. Tinggal pakai je waktu mandi. Ganti sabun antibakteria yang lain. Uniknya sabun ni semulajadi. Dihasil dari garam. Kehebatan garam tak dapat disangkal lagi. Anugerah alam yang mesti disyukuri. Alhamdulillah.

Kesan pakai sabun garam ni amat menakjubkan. MasyaAllah. Alhamdulillah. Kulit anak saya mula menunjukkan kesan. Tempat gatal mula kering dan beransur cantik. Paling suka bila tidur anak saya dah tak garu sana garu sini lagi. Tidur lebih lena. Kan dah jadi macam testimoni produk tu pula. Sekadar nak berkongsi manfaatnya. Mana tahu dapat membantu ibu2 yang sedang menghadapi masalah sama. 


Siapa tengah mencari sabun garam yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit ni, saya sangat syorkan sabun ni, cubalah insyaAllah. Syampu garamnya pun best tau. Kan lagi syok jika pengusahanya adalah seorang muslim. Alangkah bahagianya!

# ubat kulit bermasalah
# sabun untuk ekzema
# ubat ekzema
# sabun garam buluh

Saturday, 26 October 2013

mahu hujan masin?

Antara sumber air kat muka bumi ni adalah salah satunya air hujan. Ya, air hujan adalah air mutlak, suci lagi mensucikan. Boleh dibuat wuduk. Siapa pernah mandi air hujan? Bukan terkena air hujan, tapi sengaja main air hujan, ada? Best kan! Basah tanpa sibuk berpayung, buka mulut, tadah air hujan dalam mulut dan telan;p

Nikmat tu dapat dirasa sekali lagi waktu berprogram ketika menuntut di UTM Skudai dulu. Masa tentatif petang tu kami dianugerahkan hujan. nak ikutkan perancangannya waktu tu aktiviti luar...Bila hujan selalu kita resah....macam2 keresahan..

--nanti demam!
--nanti basah! ya, dah kena air mestilah basah, kalau tak basah takut juga eeee ;p...
--tak bawa payung!
--kain jemuran belum diangkat!
--lembab, sejuk...
--jalan licin
--nanti banjir
--ikan kering tak kering ;p
-------------dan macam2 lah lagi 1001 keresahan yang tak sudah....

nak dijadikan cerita, petang tu kami diminta untuk teruskan jugak aktiviti petang bersama mandian hujan...waaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh best rupanya mandi hujan! dah lama juga tak mandi hujan, kali pertama dan terakhir pun lupa yang ingatnya memang itulah yang melekat dalam minda bila dah melonjak usia 30 ni. MasyaAllah. Itukan nikmat! Masa bujang, perempuan, mandi hujan ramai2 tak malu...

Buatnya sekarang, mandi hujan...dah jadi ibu 3 anak ni mahu jugak nanti datang ambulans nak beri rawatan psikologi ;p

Tapi satu hal yang memang kita semulajadi tahu air hujan memang tawar, tak masin kan??

Ke ada tempat yang masin hujannya? setakat hidup ni, tak de jumpa lagi laporan berita hujan masin, kecuali air hujan bertakung dalam mangkuk garam memang masin! 

Dinyatakan waktu hujan adalah waktu mustajab doa. Doalah. Dan memang ada doa hujan pun.

"ya Allah jadikanlah hujan ini bermanfaat" 

sependek itu sahaja doa nak dihafal. Anak2 saya hafal doa ni...Bacalah bersama anak2 pasti mujarab!

Rahmatnya bila hujan....

"Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan) hingga apabila angin itu membawa angin mendung, kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang) lalu kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian kami keluarkan hujan dengan awan itu, kemudian kami keluarkan dengan air hujan itu, berbagai=bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pengajaran darinya)."
(Surah al-A'raf 7:57)

Kita ada doa ketika hujan turun. Kita juga ada solat mohon hujan. 
Didoakan, dimohon....itulah hujan! Semut pun mohon hujan tau;) alkisah...

Dalam riwayat Abdul Razzaq ada menyebut bahawa Nabi Sulaiman berserta sahabat-sahabatnya keluar untuk memohon hujan. Tiba-tiba baginda melihat seekor semut meng­angkat salah satu anggotanya juga memohon hujan. Lalu berkatalah baginda kepada sahabat-sahabatnya, “Kembalilah kamu semua kerana kamu semua akan memperoleh minuman. Sesungguhnya semut ini memohon hujan, pasti dimakbulkannya.”

Sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Para nabi dalam kalangan umatnya telah keluar me­mohon hujan kepada Allah. Maka tiba-tiba dalam kalangan mereka terdapat seekor semut mengangkat anggotanya ke langit (juga memohon). Maka Nabi Sulaiman berkata, ‘Pulanglah, sesungguhnya telah mustajab permohonan kamu disebabkan se­ekor semut ini." (Riwayat al-Hakim no. 1215)

Al-Sadi berkata: “Manusia telah ditimpa kemarau pada zaman Nabi Sulaiman a.s., lalu diperintahkan manusia (untuk memohon hujan). Lalu mereka pun keluar. (Dalam kala­ngan mereka ketika itu) ada seekor semut mengangkat kakinya menadah tangan­nya dan semut itu berkata yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kami adalah antara makhluk ciptaan-Mu, tidak­lah kami terkaya daripada rezeki-Mu jika Engkau memberi minuman kepada kami dan sama ada Engkau membinasakan kami.” (Riwayat Ibn Abi Syaibah no. 29487)

Pokok pangkalnya hujan itu adalah RnN --Rahmat dan Nikmat! Alhamdulillah. 
Ya mungkin dari hujan boleh sebab banjir, baju basah, tapi bukankah itu salah manusia. Banjir sebab apa? Selalu sebab saliran. Selalu sebab sampah penuh di saluran longkang. Masa belajar sains kat sekolah dulu sekadar tahu je proses berlakunya hujan. Tak rasa hebat sangat. Rasa biasa2 je.  Tak rasa kebesaran Allah. Tak didorong untuk fikir hebatnya Allah ;(
---->>Ye lah kau. Cuba kau buat. Mana aku pandai! Tahu tak pe.. 
Kan best jika siapa2 boleh bantu minda anak2 kaitkan sains tu dengan kehebatan Allah, boleh bertambah iman:) 

Bukan setakat proses hujan je hebat, Allah siap suruh kita fikir....Allah tanya kita, tak fikir ke kenapa air hujan tu tak masin? Haaa kau. Itupun tak nak bersyukur lagi adanya hujan.

"Maka terangkanlah kepadaKu tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan? Kalau Kami hendaki, nescaya Kami jadikan dia masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur? "
(Al Waaqiah 56:68-70)

----------------->> bayang kan jika hujan tu masin <<---------------------------

apa jadi???

mau melekit kehidupan kita, berkarat habis kereta;p 
atau kalau tak dapat bayang cuba buat eksperimen sendiri (sembur air masin ke serata tempat) dan tengok hasilnya!

# kisah semut
# hujan dalam al Quran



Thursday, 24 October 2013

masin air liur si ahli syurga

"Untung siapa yang ada anak kecil dan belum baligh kerana mereka adalah ahli syurga, jangan lepaskan peluang minta mereka sentiasa doakan kita" lebih kurang macam tu ayat abang Abu, seorang jutawan berjaya, http://abangabu.com/ dalam satu slot seminar Dr Azizan Osman yang saya pernah hadiri  di JB tahun lepas. 




Tappppp! Ayat ni menyentap jiwa saya. Jantung saya berdegup laju....................

Masakan saya boleh tak perasan dan lupa bahawa saya punya anak2 kecil, mereka adalah anugerah Allah yang amat berharga. Bukan lupa ada anak ;p bab ni tak pernah lupa. Yang saya tak perasan tu budak2 ni punya mulut masin!----yang mana percakapan mereka adalah doa terbaik buat kita yang dah banyak dosa. Mana lagi yang tak nak bersyukur? Alhamdulillah. Allah izinkan peluang tu buat saya. Tak akan siakan peluang ini. Terima kasih Allah.




Syukur kepada Allah, saya dah dianugerahkan bukan seorang, malah tiga orang budak yang bermulut masin! Alhamdulillah. Setiap hari pasti saya ingatkan mereka supaya doakan impian ummi nak ke Baitullah, juga doakan saudara2 kita yang sedang dizalimi di Palestin dan di mana saja di muka bumi ni...selamatkan al Aqsa! 

Mereka pasti akan mendoakan, ajar ayat mudah2, ayat pendek budak2 ;)

Kadang2 ada juga bila lupa mereka doakan tanpa diminta. yang paling best bila didoakan di waktu hujan, hujan kan waktu mustajab doa. Semoga mujarab! Masin pekat likat! 

"Ya Allah kami nak pegi Mekah..."
"Ya Allah tolong kawan2 kami..." 
"Ya Allah selamatkan masjid kami..."

Bila dengar je, sama2 lah ameen kan;) ameeeeeeeeeeenn.

Semoga doa ni dimakbulkan Allah. In Syaa Allah.

----teringin tahap mengidam dah ni, nak pegi mekah! dan juga nak sangat ziarah makam nabi saw dan para sahabat yang diredhai Allah. 
Semoga peluang tu diizinkan Allah. Ameen.

Rugi siapa sia2 kan air mulut masin anak2 kecil kita kerana mereka lah gambaran ahli syurga di dunia. Betul tak? Ahli syurga hidupnya......

Mereka sentiasa gembira ceria..
Mereka riang ria tiada masalah...
Mereka tidak mengata mengumpat...
Mereka berada di alam mereka yang indah...


Sepatut kita pun macam tu tak? tak rasa kecik hati, besar hati, sakit hati, iri hati, keras hati, tersinggung hati, pedih ulu hati;p sentiasa bahagia! kerana suka dan duka dalam kehidupan adalah ujian dan nikmat. Allah nak lihat kita bersyukur. 


Tapi selalu bila dah besar, meningkat usia dah macam2 input dapat, paling tak best bila input negatif maka output pun negatif----->>Hati jadi kotor ;(

"Ya Allah Engkau ampunkanlah dosa2 ku, dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil"

Mulut masin budak2 adalah anugerah. Syukuri nikmat ni. Rugiiiii jika dibiarkan kerana mereka sedang memberi manfaat....MasyaAllah.

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain"- riwayat Bukhari

Rasulullah sayang anak2 kecil. Malah s
etiap kali bersalam pasti baginda akan mengucup tangan anak2 kecil. Mari kita amalkan semula sunnah Nabi saw ---»menghargai si ahli syurga!

# ahli syurga
# pendidikan anak

sunnah jilat masin garam

Isu Nabi saw jilat garam. Siapa belum tahu yang Nabi suka garam;) bisik kat diri sendiri...kesiaaaaaaan;p


 --->> Antara makanan yang Nabi SAW suka makan ialah:
Garam, juga sekadar secukupnya sahaja. Nabi jilat garam kerana pada zaman itu, garam tak dicampur dalam makanan lagi. Kita hari ni tak perlulah buat begitu, kerana garam sudah dimasukkan dalam makanan. eh eh jappp. ye ke macam tu????


Kajian sebenarnya dah banyak menunjukkan apasaja sunnah nabi muhammad saw (percakapan/perbuatan) yang dilakukannya sentiasa selari mengikut peredaran zaman. Belum bercanggah dengan mana2 fakta sains. Antara sunnahnya, nabi menjilat sedikit garam sebelum dan juga selepas makan. Setelah diteliti dan dikaji masyaAllah.....inilah dikatakan wahyu untuk kesejahteraan umat sejagat. 

Siapa buat dia dapat! dapat pahala, juga dapat manfaat. alhamdulillah.

Mengikut kajian jilatan sedikit garam di awal dan akhir makan mampu meningkatkan fungsi tiroid. haaa jangan main2. Jom kita tengok sedikit berkaitan tiroid ni. 

Apa fungsi tiroid? 

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.


  • Dari Abdullah Bin Umar "Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam” -Hadis Riwayat Al Baghawiy dalam tafsirnya .
  • Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda "Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam"-Hadis riwayat Ibnu Majah
  • "Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam"-Hadis riwayat Al Bazzar
Malah dicatatkan, Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/tempat mempunyai udara punyai magnetik dan suhu yang berbeza. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. 

Itu antara penemuan2 yang telah menjawab persoalan mengapa perlunya sedikit garam dijilat. Memang sunnah nabi itu yang terbaik menjadi ikutan tanpa banyak soal kerana pastinya untuk kebaikan manusia. Adakalanya tak logik di akal kerana belum dikaji, atau sebenarnya dah dikaji tapi kita je yang belum tahu. Tak tahu sebab tak mahu tahu. 

Maka jalan pintas untuk kita------------->>>ikut saja sunnah, pasti kita selamat;)
Alangkah beruntung bagi yang dah lama mengamalkannya.

p/s: dulu juga pernah timbul isu nabi simpan janggut sebab belum ada pisau cukur. aduuuuuuh. rupanya bila dikaji janggut boleh meningkatkan hormon kelelakian. Alhamdulillah. Sunnah yang berkat! 

Semoga kita lebih menghargai sunnah yang ditunjuk nabi saw kerana padanya sentiasa ada kebaikan yang ada ketikanya belum diketahui umum. Kerana yakin yang nabi saw bertindak mengikut wahyu bukan hawa nafsu. 

Saya sayang Nabi Muhammad saw kerana Allah.
Jom selawat: 

# sunnah nabi makan
# makanan sunnah