Memetik laporan Berita Harian, 18 Mei 2013 :
---Gubal undang-undang kurang guna garam
Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan menggubal undang-undang untuk mengurangkan jumlah penggunaan garam dalam makanan.
Ia berikutan kajian CAP mendapati lebih 40 bahan penambah yang mengandungi garam digunakan dalam makanan yang diproses. Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata satu daripada tiga orang atau 32.7 peratus penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas didapati mengalami hipertensi selain peningkatan kes tekanan darah tinggi sejak sedekad lalu.
Beliau berkata, di Malaysia, satu kajian terbaru mendapati penduduknya mengambil kira-kira 8.7 gram garam sehari iaitu 1.7 kali lebih tinggi daripada 5 gram garam sehari seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Mudarat kesihatan
Rakyat Malaysia masih kurang sedar akan perkara itu dan gemar mengambil makanan segera dan makanan yang diproses, yang akan memudaratkan kesihatan mereka pada masa depan.
Langkah awal harus diambil oleh kerajaan untuk membendung perkara itu daripada menjadi masalah utama negara, katanya pada sidang media di Pejabat CAP, di Jalan Masjid Negeri, di sini, semalam.
Sehubungan itu, katanya, CAP menyarankan kerajaan mengambil langkah seperti mengurangkan iklan bagi produk makanan mengandungi terlalu banyak garam seperti mi segera atau makanan segera di televisyen.
Selain itu, katanya, kerajaan perlu melancarkan kempen besar-besaran untuk menggalakkan pengguna menyedari bahaya pengambilan garam yang terlalu banyak dan mewajibkan pengeluar makanan menunjukkan kandungan jumlah natrium pada label produk masing-masing.
Saya menasihatkan pengguna mengambil makanan seimbang kerana pengambilan garam berlebihan turut meningkatkan risiko kanser perut dan penyakit buah pinggang serta mencetuskan asma dan osteoporosis, katanya.
---
Begitu bahaya sekali jika garam diambil berlebihan. Tambahan pula garam yang diambil adalah bukan lagi garam organik, atau asli. Kalaupun asli, apa2 yang berlebihan memang menjanjikan mudarat.
Ketawa berlebihan pun mudarat.
Bersolek berlebihan pun mudarat.
Menangis berlebihan mudarat.
Tidur berlebihan mudarat.
Senaman berlebihan mudarat.
Undang2 kawalan garam akan lagi berkesan jika masyarakat diberi ilmu berkaitan garam secara terperinci. Jangan sembunyikan fakta sebenar garam yang merbahaya yang dijual secara berleluasa demi menjaga kepentingan pihak tertentu. Masyarakat perlu didedahkan ilmu sebenar berkaitan garam.
Hanya ilmu sahaja yang dapat membezakan tindakan seseorang itu ke arah lebih baik.
Ilmu itu cahaya!
Pesan garam : jangan nak salahkan aku je? ;p]
# undang2 garam
# bahaya garam berlebihan
# undang2 garam
# bahaya garam berlebihan
No comments:
Post a Comment