Bacalah Anakku
Gembira. Teruja. Senyum. Sengih. Itulah perasaan anak sulung saya, tatkala dia boleh membaca dalam masa 2 minggu saje, dengan menelaah buku siri 'bacalah anakku' (boleh dapatkan maklumat lanjut di sini http://bacalahanakku.com/v2/index.php). Alhamdulillah, ikutkan belum habis sampai siri 8 pun, tapi dia dah boleh baca. Dia memang dah tahu A B C dari umur 2 tahun lagi...bila dah tahu teknik tu, memang senang je.
Sebenarnya anak saya terlebih dahulu dikenalkan dengan aa baa taa...Kenapa tak disekolahkan? bukan tak bagi sekolah, cuma buat masa ni sekolah pertamanya adalah di rumah. petang2 kami hantar dia mengaji di pusat asuhan tunas islam (pasti) berdekatan, pasti sini ada buka kelas mengaji untuk anak2, belajar al Quran.
Alhamdulillah dah boleh baca ayat yang bersambung tu perlahan-lahan. Hantar ke pasti dalam tempoh tak lebih 1 jam sehari sahaja, sebab tujuan asal nak kawankan dia dan kenalkan dia dengan guru. Adab berguru. Kat rumah pun mengaji lagi. Tujuan utama memang nak dia mengenal al Quran dulu. Tak usah risau, tak perlu bimbang jika tak pandai ABC tapi risau kalau dia tak suka al Quran. Saya selalu pujuk hati saya macam tu. Ye la, orang sekeliling sentiasa tanya kenapa dah besar tak sekolahkan. Boleh tergugat juga. Tapi saya yakin pada al Quran. Biar kita ajar anak2 kita al Quran, dan al Quran yang akan ajar anak kita yang seterusnya. Mudah2an Allah memberkati usaha kami insyaAlah.
Terkenang ketika saat nak melahirkan dia, saat 7 bulan lebih, kedudukan kandungan saya masih songsang, kepala berada di atas hinggalah saat melahirkan, saya diberi peluang melahirkan anak sulung saya dalam keadaan songsang. Keluarkan kaki dulu baru kepala, dengan kelahiran normal! Alhamdulillah. Cabarannya tak usah cerita, masa dah tahu songsang tu macam2 juga cuba ikhtiarkan, mana tahu ada yang menjadi, tapi yang saya paling yakin, adalah nasihat nenek saya, baca yasin selalu, solat hajat selalu. Orang mengandung biasa, kandungan yang stabil pun belum tentu jaminan bersalin mudan dan selamat. Pelbagai boleh berlaku. Semua hanya ikhtiar, penentu adalah dengan izin Allah iaitu tawakal.
Allah Maha Berkuasa. semua berjalan lancar. lahirlah kakak ke dunia disambut penuh kesyukuran tanggal 26 februari 2009. Pengalaman melahirkan kakak yang takkan pernah luput dari ingatan. Masin dalam minda;)
"teach your child Quran , Quran will teach him everything"
# anak cepat membaca
No comments:
Post a Comment